TAPAU NASI LEMAK KAYU KERAMAT

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT

TAMATLAH sudah minggu yang  menyeronokkan kerana tidak perlu masuk ke pejabat. Selepas Kursus Penasihatan Akademik pada hari Isnin, Sk mengambil cuti pada hari Selasa bagi memenuhi Jemputan Media Preview Bazaar Makan-Makan @OPERO. Rabu dan Khamis pula, Sk mengikuti Kursus Pengurusan Kewangan & Pemahaman Penyata Untung Rugi & Aliran Tunai, juga di Hotel Seri Malaysia (HSM), Johor Bahru. Nampaknya, esok dah kena masuk pejabat.

Pak Inche minta masakkan Nasi Lemak hari rabu. Gerak dari HSM pukul 5, dengan mengadap jammed di Jalan Tun Razak tu lagi, memang tak kuasalah Sk nak memasak. Tambah pulak stok cili dan bawang kisar dah habis jadi Sk tapau jer Nasi Lemak Kayu Keramat. Kemudian, buat sendiri tiga jenis telur untuk dimakan dengan nasi lemak.


Telur Lenggang
Telur Rebus
Telur Mata

Mentang telur banyak sekarang, kan.. 


Pak Inche pulak beli Sup Cekerrrrr. Tak pastilah kedai mana dia beli Sup Kaki Ayam tu.


Nasi Lemak Basmathi tiga bungkus lengkap timun, ikan bilis dan kacang tanah goreng dengan sambal melimpah, sambal kerang, sambal paru, seketul ayam goreng dan seketul ayam rendang, RM28.


Sambal kerang banyak juga, tak habis makan pulak. Pak Inche la, nak Sambal Kerang la, Rendang la.. tapi tak habis pun, sabar aje laaaa... Sk pun tak larat dah nak jadi tong sam pah.. hahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. alhamdulillah sedap nampak semua makanan

    ReplyDelete
  2. tapau pun takpe SK janji sedap..SA ada masalah kalau makan nasi lemak kat rumah...auto badan jadi pemalas nak tido lepak je...nak plak makan nasi lemak Pak Zain masak...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!