Assalamualaikum WBT
Dalam dua minggu, tiga kali makan lauk ayam, syukur Alhamdulillah. Suatu masa dulu, kita krisis ayam, sampai susah nak dapatkan ayam. Sekarang dah senang jumpa ayam tapi khabarnya bekalan ayam (mentah) akan berkurangan menjelang Ramadhan. Mungkin masa tu, cuma boleh dapat ayam bermasak dari Pasar Ramadhan (Param). Pilihlah, mahu Ayam Golek atau Ayam Percik.
Pak Inche minta masakkan Ayam Sambal atau Ayam Masak Cabai. Ni masak hari isnin minggu lepas. Iman ada di rumah, bolehlah minta dia defrost ayam lambat sikit. Tapi, kalau Iman tak ada, kena rancang awal-awal nak masak atau makan di luar. Kalau kata nak masak, kena pindahkan ayam ke bahagian chiller sebelum pergi kerja dan masukkan air dalam bekas berisi ayam.
Nak masak Ayam Sambal, ayamnya kena goreng dulu. Bila ayam dah tiga suku masak, kita angkatlah ketulan-ketulan ayam yang nak dimasukkan dalam sambal. Biasanya, bila ayam yang digoreng separuh masak, Sk dah mula menumis sambal di stove sebelah lagi, nanti tinggal ceduk terus ayam yang digoreng dalam kuali terus masuk dalam kuali sambal. Ayam yang nak dijadikan ayam goreng, boleh goreng terus sampai sedikit garing. Tak ada ayam goreng, takut nanti kena pancung, hahaha.
sama la cara masak kita SK...alahai..lama plak x masak ayam sambal...
ReplyDeletekita ulang2 Ayam Sambal, hehe.
DeleteLeya masak sambal ayam memang goreng ayamnya dulu. Incik suami xsuka kalau yg jenis rebus punye.
ReplyDeleteYa, tak pernah la rebus ayam dulu, rebus ayam kalau nak masak nasi ayam jer.
Deletemmm...sedapppnya....yummy...
ReplyDeletesedap, pedas2, hehe.
DeleteCepat kerjakan bila dua² stove digunakan...
ReplyDeleteAyamlah, sayurlah...mcm² isu timbul bila kita nak puasa @ raya :(
betul, ni pun dengarnya ayam dah mula tak nak bertelur jugak, huhu.
Deletesedapnya menu hehehe
ReplyDeleteAyam masak cabai ni kalau dulu-dulu kira lauk nostalgia kenduri...dapat minyak dia dengan nasi panas pun dah feel
ReplyDeleteayam sambal sedap kalau goreng dulu ayam tu.
ReplyDeletesuka juga masak macam ni. asalkan yang simple2
ReplyDelete