BERBUKA 3 PUASA DI 'BUFET ALA BAZAAR 28 HARI' @ PULAI SPRINGS RESORT

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT

CUACA hujan petang semalam, tidak menghalang kami untuk berbuka puasa di 'Bufet Ala Bazaar 28 Hari' di Pulai Springs Resort. Setiap tahun, berbuka di sini merupakan acara wajib, di mana lagi nak jumpa bufet berbuka puasa yang unik begini. Bayangkan, anda ke Bazar Ramadhan, namun hanya mampu membeli dan memandang, tapi di sini, kita boleh makan sekali, kemudian meronda kembali di bazaar, tunjuk itu, tunjuk ini, hehehe.. yang hanya berlangsung selama 28 hari bermula 24 Mac sehingga 20 April 2023.

Selaras dengan tema 'Bufet Ala Bazaar 28 Hari', terdapat lebih 20 gerai berkonsep 'action stall' dengan lebih 200 juadah dihidangkan secara bufet di dalam dan di luar Restoran Gleneagles Terrace bagi memudahkan pengunjung memilih. Ia termasuklah pembuka selera, salad, jeruk, daging, makanan laut, barbeku, pencuci mulut dan hidangan sejuk dan panas juga minuman sejuk dan panas. Konsep masakan dari negara barat dan Timur Tengah diketengahkan oleh Sous Chef Tom Chef serta pasukan jurumasaknya pada Ramadhan tahun ini.

Antara gerai dan hidangan yang terdapat di 'Bufet Ala Bazaar 28 Hari' ini adalah Nasi Arab Kari Kambing 28 Hari ala Pulai, Nasi dan Mee Goreng Kawah, Lokching, Rojak Asma serta Sup Power Chef iaitu Sup Gear Box yang dihidangkan bersama Roti Perancis dan Sambal Kicap.

Penggemar Asam Pedas dan Lemak Cili Padi bolehlah memilih pelbagai pilihan ikan segar untuk dinikmati bersama nasi putih. Nikmati ia bersama pelbagai jenis kerabu dan ulam-ulaman kampung dengan pilihan pelbagai jenis sambal dan air asam. 


Jangan lupa juga menikmati hidangan barbeku seperti Kambing Golek, Tandoori Chicken, Honey Chicken, Teriyaki Sausage dan Beef Slices yang dihidangkan bersama beberapa pilihan sos pencicah.


Melengkapkan konsep  bazaar, pasti ada pilihan sate ayam atau daging berserta nasi impit dan kuah kacang. Juga gerai oden-oden iaitu pelbagai jenis bebola makanan laut dan daging serta sayur-sayuran yang dihidangkan bersama pelbagai jenis sup.



Selain itu, ada juga Mee Kolok, Durian Goreng dan pasta yang dimasak di hadapan tetamu. Tiga kali jugaklah kami 'repeat' durian goreng tu, sedap betol, hahahaha.


'Bufet Ala Bazaar 28 Hari' turut menyediakan aneka pilihan pencuci mulut seperti ABC, cendol, potongan buah-buahan, aneka jenis kek, puding, dodol, wajik, jeli dan minuman popular di Klebang, Melaka, Coconut Shake.


 Terdapat juga pencuci mulut seperti Pulut Serawa Durian, Pengat Pisang dan Puding Koktel serta minuman istimewa Teh dan Nescafe Tarik, Kathira, Green Tea, Sirap Bandung dan Soda.

Bagi kemudahan pengunjung, Pulai Springs Resort  menyediakan surau yang selesa serta parkir yang luas dan percuma. Jom, nikmati kemeriahan 'Bufet Ala Bazaar 28 Hari' dalam bulan Ramadhan ini. Yok layan video suasana kemeriahan bazaarrrr.



Bufet Ala Bazaar 28 Hari @pulaispringsresortjb

📍 Gleneagles Terrace Restaurant

🗓️ 24 Mac - 20 April 2023 

🕡 7pm - 9.30pm

Dapatkan harga promosi Minggu pertama Ramadhan (24 sehingga 30 Mac 2023)

RM113 (Dewasa)

RM56.50 (kanak-kanak 4 hingga 12 tahun)


Harga Biasa RM128 (Dewasa)

RM64 (kanak-kanak 4 - 12 tahun)

Beli 10 (dewasa) percuma 1. 

Untuk pertanyaan dan tempahan, whatsapp

0167332918 atau 0167332919

 atau click www.pulaisprings.com 

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. syok tu ada gerai ala2 bazaar...kambing golek pasti tk lpskan bila pi buffet ramadhan

    ReplyDelete
  2. kemain meriah ek menu kat sini mak inche, kalau boleh semua nak try

    ReplyDelete
  3. x leh tahan tengok lamb grill tu..udang tu pun..aduhaiiiii

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!