DUA HARI MAKAN KARI AYAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT

PAGI ini bersiaran dari Puteri Habour, Iskandar Puteri. Semalam, Sk dan Iman mengikut Pak Inche memenuhi jemputan Media Preview Ramadhan Buffet di Fraser Place Puteri Habour. Kemudian, Pak Inche tempah apartment untuk kami menginap satu malam, saja nak tukar suasana, hehehe. Butirannya akan Sk kongsikan pada post yang akan datang, insyaAllah.


Dua hari berturut makan Lauk Kari Ayam. Tu yang rasa tak boleh blah bila Pak Inche mintak masak Kari Sotong pulak. Apo.. sedap sangat ke kari Sk ni, hahahahah. Kari ayam lengkap dengan kentang dan tomato, benda memang ada, kalau tak ada, memang ayam sajalah alat-alat dalam kari, hihi. 


Masak Sayur Brokoli, Cendawan dan Ayam. Ni asal ada jugak sebab benda dah ada. 


Ayam Goreng wajiblah ado.


Tiga lauk di hari pertama masak kari. Esoknya ahad, Pak Inche tambah Daging Masak Kicap pulak. Okeylah, tak nak tulis banyak sebab banyak benda nak buat ni. Lepas ni, nak pergi cari barang Iman pulak.. insyaAllah, Iman akan memulakan semester kedua minggu depan.

Sehingga berjumpa lagi, wassalam.
Tags

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang ayam goreng dengan PI berpisah tiada.
    Wah, dah nak habis cuti Iman ye.

    ReplyDelete
  2. Kat rumah SA kan..menu ayam ni mesti 4 kali seminggu..itu je yang murah dan senang carik kata Pak Zain

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!