Assalamualaikum WBT
KISAH sebelum bulan puasa...
Makan di Der Cabin Bistro.. tiga beranak. Kali terakhir datang sini, bulan 2 hari tu, Angah belanja.
Kali ni Sk rasa macam nak cuba menu lain pulak.
Kalau ke sini, wajiblah ambil Mushroom Soup dia. Selalu MS dia kosong tapi kali ni ada hirisan cendawan butang dan daun sadery.. ke celery? hahaha.
Ambil Buffalo Wings yang lima ketul. Iman kata, ambil yang tiga ketul jer la, makan sorang satu.. tapi mak dia berkeras nak yang lima ketul, pak dia ikut aje. Wings tu, dia kerat dua, jadi adalah 10 ketul, tak habis makan, mintak bungkus.. lepas tu dah tengahari baru teringat, tak keluarkan dari kereta.. hurmmm.
Pak Inche dari rumah plan nak makan Beef Steak, Iman pulak asyik berzikir kambing. Beef Steak tak ada jadi Pak Inche makan Lamb Shoulder sama dengan Iman. Kambing tu sepinggan ada tiga keping datang bersama lambakan fries dan coleslow. Sedap sosnya tak masin. Memang berbaloi ya makan kat sini sebab porsi besar dan harga pun berpatutan, sebab tu sentiasa ramai pelanggannya. Malam tu Iman makan ratah kambing tu dah macam dia ratah kambing kat Dapur Tokma, hehehe.
Farris Seafood Pasta untuk Sk yang pertama kali memesan hidangan ini. Kurang arif maksud Farris tu.. nama tukang cipta resepi atau tukang masaknya, hehe, Dia guna pasta nipis, maaf Sk tak pasti linguine atau fettuccine. Sosnya sarat dan mewah rasa tomato yang dimasak bersama seafood iaitu udang dan sotong segar tapi tidaklah masam atau berair. Bagi Sk, hidangan ini tidak mengecewakan, porsi pun besar kalau tak kuat makan macam Sk, baiklah anda berkongsi, hehehe.
Portion bedar, harga mahal sikit takpe.... Rasalah berbaloi kan...
ReplyDeletegeram je tengok beef steak tu
ReplyDeleteKambing....tak wprnah tak sedap..
ReplyDeletekambing grill..nampak sedap gravy dia...
ReplyDelete