Assalamualaikum WBT
HARI ini ada event Cadbury @ Mydin Mutiara Rini. Walaupun begitu, masih berfikir-fikir lagi nak pergi atau tak. Penat pergi kerja balik kerja seminggu belum hilang, nak tambah penat lagi pulak hari ni ke? Kita tengok nanti rela tak rela nak menyumbang tenaga 😆.
Pak Inche minta masakkan Nasi Lemak untuk makan malam, malam tadi. Eh, banyak kali dah buat nasi lemak semenjak dua ni. Ikutkan hati nak beli aje
Nasi Lemak Kayu Keramat atau
Nasi Lemak Mana Lagi sebab stok cili kisar dah wassalam. Kalau ada stok, senang jer tinggal menumis. Ni nak kena menggunting dan merebus cili kering tu yang bercinta rasanya 😆.
Tapi, gagahkan diri jugaklah. Balik kerja singgah pasaraya beli timun, kacang tanah dan daun pandan. Sk beli timun Jepun yang dah dipek dua biji per pack, RM3+, kacang tanah RM2+, daun pandan tiga empat pokok siap pek RM1. Ni sebab lupa nak ambil daun pandan kat kolej.
Sebelum ni, Iman ada mintak masakkan Sambal Sotong Kembang (Calamari) kalau nak masak nasi lemak, mujurlah teringat. Sotong kembang tu dah beli beberapa minggu sudah kat Pasar Tani. Sk guna sebelah sahaja sotong tu, besar gedabak kan, karang masak banyak-banyak bukannya habis makan.
Sotong ni tak perlu rebus dulu, terus masuk dalam sambal aje masa menumis tu. Bila sambal dah cukup masak dan terbit minyaknya, sotong pun lembut dah. Jangan masuk dalam periuk tekanan, mahu jadi jeli karang sotong korang, hahahaha.
Ibu Sk ajar, petua nak dapatkan kacang tanah goreng yang sempurna masaknya ialah dengan menggorengnya bersama hirisan bawang putih. Bila bawang putih dah garing, bolehlah diangkat kacang tu. Sk kukus dua biji telur sambil tanak nasi lemak. Nasinya, guna beras basmathi jenama Faiza, cenderahati kenduri Huda, kawan Pak Inche. Sk juga guna santan serbuk Kara.
Tugas membuat Telur Lenggang diserahkan kepada Iman. Buat dua biji aje sebab telur besar, gred A. Sekarang Angah dah jadi pembekal telur di pejabat Sk. Minggu ni jer, Sk borong 30 tray telur bersamaan 900 biji.. hehehe.
Pinggan Sk. Eh.. bertambah pulak orang dua beranak ni makan nasi lemak malam tadi. Sedap sangatlah tuuuu.
Pagi ni, ada sikit lagi nasi lemaknya, panaskan untuk Iman. Sk makan roti celup telur goreng. Rotinya dah seminggu Pak Inche beli tak berusik langsung. Dah dua hari luput tarikh tapi elok lagi kan, kita goreng la buat sarapan 😍😍 sambil mengopi.
Apabila datang rajin sanggup gunting cili buat sambal.
ReplyDeleteNyum.
My fav
ReplyDeleteOkey simpan suggestion ni untuk masak nasi lemak masa berbuka la..lam dah x makan sambal sotong kembang..dapnyaaa...
ReplyDelete