Assalamualaikum WBT
ISNIN lepas, Sk dan rakan-rakan dari Kumpulan Pendidikan YPJ (KPYPJ) dengan kerjasama Yayasan Warisan Johor telah menyertai Program Lawatan Kebudayaan di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar, Jalan Sg Chat, Johor Bahru atau dulu dikenali sebagai Mawar. Program ini disertai oleh warga kerja di bawah KPYPJ termasuklah warga Kolej Yayasan Pelajaran Johor (KYPJ), Kolej Kemahiran Johor (KKJ) dan KPYPJ Management & Services (KPMS).
Dari pejabat, Sk menaiki van bersama rakan-rakan dari KKJ Cawangan Johor Bahru dan berkumpul di ibu pejabat sebelum menaiki bas bersama staf dari cawangan lain menuju ke Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar yang juga dikenali sebagai Yayasan Warisan Johor. Sebelum tu, alas perut dulu dengan dua keping roti canai di tepi sungai Tampoi Utama.
Objektif utama lawatan ini adalah bagi "Memartabatkan Seni Yayasan Warisan Johor". Antara tentatif program lawatan ini termasuklah Penerangan Asas Zapin & Persembahan Artis Budaya (Lokasi : Rumah Zapin), Pameran Seni Kreatif (Lokasi : Galeri Seni Johor) dan Pameran Produk Tenun (Lokasi : Galeri Tenun Johor). Diharap kolaborasi seperti ini akan menjadi platform terbaik untuk memartabatkan seni warisan Johor dan menjadi ruang yang dapat membantu mempromosikan produk warisan Johor.
Kami terus dibawa ke Rumah Zapin dan dipersembahkan dengan tarian Zapin yang tentunya sinonim dengan orang Johor. Katanya, kalau orang Johor, mesti pandai joget zapin. Kalau dah kaki bangku macam Sk ni, jangan kata zapin, joget lambak pun tak menjadi, hahaha. Jadi, kita tengok sajalah mereka menari. Walaupun Sk ni tak pandai menari tarian tradisional, tapi sangat suka menonton gerak tari mereka.
Sopan santun gadis melayu gitu, masing-masing bersimpuh di lantai.. terpaksa wak, hahaha.
Abang-abang bersila. Tempat kami ni memang staf wanita mendominasi, hehe.
Di Johor sahaja terdapat 16 jenis tarian zapin iaitu Asli Johor, Padang Sari, Kores, Tanjung Labuh, Parit Mastar, Pulau, Mahpom, Lenga, Tenglu, Pat Lipat, Sri Bunian, Pekajang, Cokoh, Dayung, Selat Panjang dan Putar Alam.
Ingatkan cuma menonton saja, rupa-rupanya kena menari zapin sekali. Sebelum tu, cikgu ajar dulu empat pergerakan utama tarian zapin yang paling asas iaitu taksim (pergerakan masuk), pusing dari kanan ke kiri, berpatah balik pusing kiri ke kanan (pusing setempat), melangkah ke depan dan belakang dengan kiraan lapan. Aduh, ada nama pergerakan tu tapi Sk tak ingat, maaf ya.
Selepas pusing setempat tu, kena duduk bertinggung, kemudian bangun dan terus buka kaki kiri. Ko rasa? Hahahaha. Macam nak terbelit kaki dah remaja purba baru nak belajar tarian zapin. Dulu masa sekolah rendah, tak terpilih nak masuk tarian sebab memang dari kecik dah kayu agaknya.. melarat sampai ke tua, haha.
Oh, sebelum menari, memasing kena pakai sampin ni dulu. Mula-mula sarungkan kain dan letak kepala kain di belakang punggung, kemudian tarik bucu kiri dengan tangan kiri, gunakan tangan kanan buat lipatan sehingga rapat di pinggang sebelah kiri dan belitkan, simpulkan pada tangan kiri... haaa... gituhhhh.
Kena bangun duduk dan hayun pulak lutut kiri dan kanan, lawak giler masing-masing, macam nak terpelanting dibuatnya, hahahaha.
Khamis : 8.30 pagi hingga 3.00 petang
Dari Rumah Zapin, kami di bawa ke Galeri Seni Johor. Di sini biasanya ada tema dan semasa kami melawat ni, temanya adalah 'Burung Hantu'. Maka.... banyaklah burung hantunya, hehehehe.
Banyak juga hasil seni 2D lain yang dipamerkan, Sk tertarik dengan yang ini.
(Johor Heritage Foundation)
Khamis
cantiknya songket lama tu. bukan senang nak jaga hasil karya lama kan. ada banyak usaha dilakukan
ReplyDeleteSakanlah berzapin ye SK : D
ReplyDeleteBagus tempat ni, kalau turun sana boleh bawa anak⁴ ke sini...
Seronok tengok sis SK pergi buat lawatan..
ReplyDelete