Assalamualaikum WBT
BULAN puasa akan datang ni, jika anda merancang untuk berbuka puasa secara buffet di hotel, bolehlah mula buat tempahan ya. Cik Sekreteri tu, dah bolehlah kenen-kenen kat bos kat mana nak bawa staf berbuka setahun sekali. Ada pulak yang kebetulannya hari jadi mak ayah jatuh pada bulan Ramadan, pun.. bolehlah berbuka di hotel sambil sambut hari jadi. Nahhhh.. ni Sk rekomen, untuk warga Johor dan warga Singapura yang sedang memilih buffet hotel di Johor untuk berbuka puasa, Opero Hotel yang terletak di Kota Southkey berhampiran pusat beli-belah Midvalley. Jadi, lepas anda shopping baju raya, kasut raya, beg raya, terus jer ke hotel ini untuk berbuka puasa.
Lamb Quzi
Kambing Panggang bersama Nasi Mandhi diperisakan dengan minyak zaitun, kekacang dan buah-buahan kering. Lebih sedap lagi dengan pelbagai pilihan sos pencicah, Corriander Dip, Greek Salad, Garlic Yogurt, Hummus dan Baba Ghanoush.
Jika anda penggemar daging premium, Opero Hotel tentunya pilihan terbaik bagi memenuhi selera anda kerana menyajikan seleksi daging lembu dan kambing serta makanan laut yang dipanggang secara langsung di hadapan tetamu. Antaranya USDA Prime Rib Eye & Striplion Steak, Angus Rib Eye, Homemade Sausages dan Lamb Chop. Daging premium ini pastinya lembut dan juicy apabila disuap ke dalam mulut.
Ocean's Bounty
Sajian pelbagai hidangan laut yang dipanggang dengan rempah ratus istimewa ini pastinya memikat selera.
Barbeque Pit
Variasi potongan daging lembu dan kambing serta sosej homemade yang dipanggang sempurna. Anda boleh rasa sendiri kelembutan daging apabila dipotong dan cair di mulut.
Roast Rack
Potongan daging lembu dan kambing yang premium dipanggang sempurna dengan perapan istimewa. Tengok sajalah jusnya, pasti anda tertelan air liur melihatnya.
Rojak Round Up
Pilihan pelbagai potongan buah-buahan seperti nenas, jambu batu, epal merah dan hijau, timun, mangga muda dan belimbing dengan curahan kuah petis dan taburan kekacang. Jika suka, boleh juga dicampur dengan cakoi.
Arabian Delights
Pelbagai variasi baklava dengan inti kacang pistachio, coklat, almond, hazelnut, walnut dan kacang tanah memang sesuai dinikmati sebagai kudapan selepas solat maghrib.
Malaysian Delights
Variasi Kuih Tradisi antaranya Puteri Ayu, Kuih Koci, Kuih Bakar dan Kuih Talam yang lembut dan enak.
Jangan lupa mengambil Sate Ayam dan Daging, pastinya menjadi juadah wajib dalam hidangan buffet.
Cold Appetizer
Sushi dan Sashimi Express dengan pilihan Norwegian Salmon, Trout, Tuna, Octopus dan variasi Maki Rolls. Sedap sangat sushi-sushi tu.
Kerabu Kitchen
Menyajikan pelbagai salad tradisi Asia seperti Kerabu Sotong, Kerabu Udang, Kerabu Ayam Kunyit, Kerabu Daging Salai dan Kerabu Mangga Muda serta pilihan pelbagai variasi Urap dan Ulam.
Dimsum Delights
Pilihan Popiah Otak-Otak , Woo Kok, Cheese Mango Prawn Rolls, Dumplings, Siew Mai dan baaaanyak lagi.
Hidangan Pra Raya
Jarang-jarang jumpa hidangan Hari Raya yang lengkap. Pilih lemang atau ketupat, tak salah juga jika diambil kedua-duanya sekali. Nikmati ia bersama serondeng daging yang enak atau serondeng kelapa yang pedas manjah.
Hidangan Hari Raya pasti tidak lengkap jika tidak dinikmati bersama Rendang Daging.
Do It Yourself la.. nak makan stail Lontong Kering atau Lontong Darat, bolehlah digandingkan dengan Sambal Goreng Jawa.
Jika nak makan Lontong Basah atau berkuah, ceduklah sayur lodeh.
Lodeh hai bang lodeh
Lodeh anak Pak Saleh
😆
Sambil meratah pulak Ikan Berlado, pun sedap.
Ikan digoreng garing tapi juicy kemudian dicurahkan dengan sambal lado.
Seleksi Makanan Laut yang menggiurkan dengan pilihan sos cicah istimewa. Udang dan mussel tu sungguh segar, cicah pulak dengan sos yang dibuat khas serta perahan lemon yang masam manis, sampai terpejam-pejam matalah dibuatnya.
Setiap kali tengok Nasi Minyak teringat lirik lagu Menunggu Nasi Minyakmu. Haaa.. di sini tak payah tunggu nasi minyak sesiapa dah, boleh terus senduk Nasi Minyakku.. eh! 😆
Kambing Masak Bumbu
Potongan daging kambing dimasak secara tradisional dengan bumbu yang memikat selera sungguh sesuai dimakan dengan Nasi Minyak.
Ada nasi minyak, kena la makan dengan Ayam Masak Merah, betul-betul rasa macam makan kenduri orang kahwin ni.
Nak tambah lagi suasana, kita makan dengan Salted Egg Prawn, rasa macam tengah makan beradab pulak.
Didedikasi untuk jiran seberang tambak, Singapore Chilli Crab. Bulan puasa ni mesti nak shopping kat Johor, kan. Lepas shopping tu, marilah berbuka di Opero. Kena tempah sekarang tau, jangan tunggu puasa nanti dah penuh. Maklumat untuk tempahan, nanti Sk akan kongsikan di bawah.
Bubur Lambuk yang menjadi tradisi di Malaysia setiap kali bulan puasa serta Sup Tulang yang boleh dinikmati begitu sahaja atau dimakan dengan roti bun.
Oxtail Osso Bucco
Masakan Lombard ini merupakan salah satu international dish yang istimewa disediakan di Bazaar Makan-Makan @OPERO. Ni pun sesuai kalau makan dengan Roti Bun. Ia dimasak dengan merebus daging dan sayuran bersama dan secara tradisi dimasukkan pula sos yang dimasak istimewa oleh chef.
Kegemaran Sk, Mussels Au Gratin.. mussel yang segar dibakar bersama keju dan taburan herba terpilih ni memang sedap apatah lagi ia sentiasa dihidangkan panas.
Kuih Raya kesukaan emak dan nenek mestilah ada! Kena sempatkan juga suap ke mulut, Dodol dan Tart Nenas sambil mencicip kopi pahit dari mesin kopi yang sentiasa tersedia dengan latte, cappuchino dan espresso.
Potongan pelbagai buah-buahan dan kek serta minuman jus diletakkan dalam chiller bagi menjamin kesegarannya. Tak usah rambang mata memilih, boleh ambil semua, hahaha. Oh, sambil makan-makan, bolehlah menyegarkan halwa telinga dengan persembahan ghazal.
Dengan lebih 400 hidangan tempatan dan antarabangsa, Bazaar Makan-Makan @OPERO pastinya menjadi kenangan terindah anda berbuka puasa tahun ini. Jom tempah tempat anda sekarang dengan harga promosi sebelum ianya berakhir.
BAZAAR MAKAN-MAKAN @OPERO
📍Grand Florius Ballroom, Opero Hotel Kota Southkey
📅 24 Mac 2023 - 18 April 2023
🕡 6.30pm - 10pm
🕌Surau di Level 4
🎼 Persembahan Ghazal
‼️ 𝑬𝒂𝒓𝒍𝒚 𝑩𝒊𝒓𝒅𝒔 - Beli 10 𝑷𝒆𝒓𝒄𝒖𝒎𝒂 3
(Sah dari sekarang sehingga 10 Mac 2023 sahaja)
‼️ 𝑯𝒂𝒓𝒈𝒂 𝑩𝒊𝒂𝒔𝒂:
𝐑𝐌𝟏𝟖𝟖 nett (Dewasa)
𝐑𝐌𝟏𝟔𝟖 nett (Warga Emas - 60 tahun ke atas)
𝐑𝐌𝟖𝟖 nett (Kanak-kanak - 7 hingga 12 tahun)
Untuk tempahan, sila hubungi:
📲 +6011 3680 0899 (Amirah)
📲 +6016 840 0899 (Grace)
📲 +6016 511 0899 (Syakirah)
📲 +6010 887 0899 (Suhana)
#operohotel #iftar #ramadan
Ya allah, dugaan apekah ini....scrolll laju2 sambil lap air liur..SA dah la pencinta daging...telan air liur ni...Opero ni nampak menarik...
ReplyDeleteBerbaloi harga dengan hidangan yang ditawarkan. Banyak betul pilihan menunya! Tengok saja pun dah tahu sedap-sedap belaka.
ReplyDelete