SPAGHETTI BOLOGNESE GUNA SOS LEGGO'S

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT

DALAM blog Sk ni, memang banyak tajuk Spaghetti Bolognese. Dulu-dulu tak terfikir nak letak nombor siri atau turutan masak Spaghetti Bolognese ni sebab tak terfikir akan masak ia banyak kali seumur hidup, hehehe.


Kali ini guna pes jenama Leggo's. Pada label tertulis Chilli Bolognese with Tomato & Hot Chilli. Pertama kali jumpa sos bolognese yang pedas.


Tapi, bila dah siap masak, tak pedas pun.. langsung tak pedas. Selain pes jenama leggo's, daging kisar pun bukan dari jenama Ramli seperti kebiasaan. Ni guna daging kisar jenama Lotus. Tekstur daging kisarnya terlalu halus. Kalau daging kisar Ramli, ada rasa kenyal-kenyal dan liat daging. Bila makan pun macam rasa kosong aje walaupun kuantiti yang Sk letak sama iaitu 400 gram. Hari tu tak beli Ramli sebab tak ada stok. Jangankan daging kisar, sosej lembu Ramli pun susah nak jumpa di pasaraya sekarang.


Guna spaghetti jenama Prego. Rebus spaghetti selama 13 minit berdasarkan arahan pada label bungkusan.


Plan asal nak keluar makan di Der Cabin Bistro Taman Nusantara tapi tiber rasa macam rajin nak masak. Pak Inche hampa sebab dia dah aim nak makan Striploin Steak. Lepas tu dia dah aim jugak nak suruh Sk belanja, hahahaha.. selamatttt duhet Mak Inche!!!
😆😆😆

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Belum pernah guna jenama Leggo's.
    Dah bertahun kita cari burger daging jenama Ramly tapi hanya jumpa ayam sahaja. Rindu betul, entah kenapa ye susah sangat nak jumpa.

    ReplyDelete
  2. eh eh semalam saya pun buat bolognese tapi macaroni..terus gaul dalam kuali..hahahah

    ReplyDelete
  3. Rasanya tahun ni tka buat lagi Spaghetti Bolognese...kena buat jugak ke acaner ni...nampak sedap ha...bleh buat menu bekal jugak kan...ermmmm...dapnyaaa

    ReplyDelete
  4. Taktik nak selamatkan dompet ni SK haha ...
    Tak pernah jumpa brand ni...

    ReplyDelete
  5. Eh,ada juga yer jenama Leggo's..Memula tadi ingatkan Prego..🤭

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!