Assalamualaikum WBT
WARGA Johor yang sedang merancang untuk berbuka puasa beramai-ramai sama ada dengan kawan sepejabat atau keluarga, jom, apa kata anda ke GBW Hotel Johor Bahru yang menawarkan hidangan bufet serendah RM98 sahaja (dewasa) dan RM48 (warga emas & kanak-kanak). Berita baiknya, GBW Hotel masih lagi menawarkan harga Early Bird serendah RM78 sahaja (dewasa) sehingga 31 Mac ini (Tertakluk kepada terma dan syarat)
Jom kita tengok, menu-menu yang ditawarkan di Selera Warisan Medrum Ramadan Buffet ni.
Nasi Beriani Ambok lengkap dengan Ayam Masak Merah dan Dalca, Pajeri Nenas dan Acar Jelatah.
Kambing Golek Panggang 2 Hari 1 Malam.. ni pun sedap makan join dengan Nasi Beriani Ambok tau.
Sebelum tu, jangan lupa ceduk Bubur Lambuk.
Pelbagai jenis Soto, tepuk dada tanya selera.
Set Nasi Lemak Kukus Bonda Ayam Berempah, .. aikkk.. mana ayamnya... nanti Sk tunjuk.. tungguuuuu!
Kalau nak makan nasi putih, berderet ya lauk-pauknya dengan pilihan makanan laut, ayam, daging lembu dan daging kambing pun ada.. memang terbaiklah!
.. yang ni Ayam Rendang.
Ikan Kari Mamak
Sayur Lemak Nenas Ikan Masin.. sedappppp betul makan nenasnya yang manis-manis tu, digabungkan dengan ikan masin dan santan lemak manis ala amboi-amboi.. aaa.. ternyanyi pulak.
Kupang Masak Merah Berserai.. sihat-sihat ya kupangnya.
Udang Masak Lemak Cili Padi
Kambing Gulai Kawah.. daging kambing tu lembut sungguh.
Daging Kurma Berkentang.
Sambal Sotong Petai.. walaupun dia guna sotong frozen tapi sedap, lembut jer sotongnya.
Makan nasi putih diiringi pelbagai jenis kerabu dan ulam, syahduuuu.
Ditambah pula ada pelbagai jenis sambal untuk dikawankan.
Rojak dan pecal pun ada.
Aneka Mee Senandung Selatan
sambil scroll laju2 menyesal2... semua nampak sedap sangat
ReplyDeleteHehehehe.. maafkan saya.
Deletewaaa nampak sedap semua jugak tahun ni!
ReplyDeleteTulah, dah balik Bintulu plak org tu
DeleteDua kali saya zoom in kat nasi lemak tu..ingatkan peach strudel..rupanya telur mata..🤣
ReplyDeletedepa guna telur omega kot..
Air tu berapa kali ulang top up?🤭 sebab semua nampak pekat sedap
Laju laju scroll ya allah sedap semuanya....KL macam x ramai la blogger promosi buffet ramadhan...johor ni meriah plak...nak pindah sana la..bleh join review..hehehe
ReplyDeletesedapkan mak inche.. penat nak pilih makanan hehehe
ReplyDelete