Assalamualaikum WBT
RINDU betul nak makan Nasi Kerabu Kak Yah. Kadang rindu tu sampai menggebu-gebu dan berdenyut-denyut tapi memikirkan nak kena patah balik ikut laluan masa pergi kerja tu yang bercinta nak pergi. Dahlah jammed!
Hari Jumaat rehat panjang, kan.. meh la kita tapau nasi kerabu makan kat rumah, lagipun Iman ada, dia pun dah lama tak makan nasi kerabu Kak Yah. Sk tapaukan lauk daging goreng kunyit untuk Iman.
Untuk Sk, hati dan pedal ayam goreng kunyit. Lepas tu dorang belah telur masin, tak ada kuning, dia bagi dua-dua belah yang putih semua tu.
Mana tah hilang kuning telur ni?
Dia belah jugak telur lain, akhirnya ada kuning. Yang tak ada kuning tadi dibagi jugak. Selalu telur kuning double, ni telur putih triple, hehehe.
Sk ambil lauk Ikan Keli Berlado jugak. Tak habis ya, separuh simpan peti sejuk, lepas tu panaskan makan malam dengan lauk udang dan sotong tu la.
Sebab datang tu kedai dah nak tutup, dia bagi semua kuih yang tak habis. Ada kuih bakar pandan, beko dan kole kacang. Sandwic telur pun ada.
Segan pulak datang time orang nak tutup, hahahaha.
Murah rejeki kak yah, banyak dia bagi extra. Sedapnya, SK. Peh, lagi-lagi ada lauk keli berlado.
ReplyDeleteMurah la rezeki kak yah dan rezeki customer tu jugak...SA sekarang teringin nak makan nasi kerabu lemak dan daging bakar
ReplyDelete