MASAK NASI LEMAK UDANG BESAU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


YEY! Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Dari akhir tahun lepas dok tunggu cuti Tahun Baru Cina ni sebab tak sabar nak bercuti panjang. Sk plan cuti panjang ni bolehlah nak declutter barang penuh kenangan dalam rumah tu sebelum bulan puasa tapi nampaknya Pak Inche dah gatal tapak kaki pulak nak jalan-jalan. Ku turutiiiii..




Lepas sarapan Capati di Warong Tujuh Pagi, ahad lepas, PI ajak jalan-jalan ke pasar tani sekejap. Tengok udang besar dia murah sikit dari harga udang kat Pasar Larkin semalamnya. Ketam pun murah dari Pasar Larkin, terliur tengok ketam tapi hari tu pun baru makan, kan.. jadi, kami beli udang aje la. PI pulak suruh masak nasi lemak, terus terbayang nak buat udang goreng. PI kan tak gemar ada haiwan dalam sambal tumis nasi lemak, jadi kena masak asing. Lepas zuhur baru mula masak nasi diikuti masak sambal, goreng kacang tanah, ikan bilis dan udang.




Kacang tanah ni Sk sorang je makan. PI tak makan nasi lemak dengan kacang tanah. Ikan bilis pulak, PI suka, Sk kurang suka sebab masin. Sekor dua bolehlah tapi sedap pulak ikan bilis mata biru beli kat Tanjung Dawai ni, tak masin sangat.Terus termakan banyak jugak ikan bilisnya.




Udang ni sekilo RM39. Murah, kan.. sebab udang kolam (bela).  Kalau udang laut manalah dapat harga macam ni. Sk pilih yang besar-besar tapak tangan, jadi taklah dapat banyak sekilo tu. Kalau nak banyak, kena pilih yang kurang besar, tapi tetaplah memang besar-besar udangnya, lagi besar dari yang beli kat pasar Larkin. Oh, yang beli kat pasar Larkin tu RM48 tau sekilo. Yang tu Sk beli tak sampai sekilo, kena RM34. Yang ni, sekilo lebih sikit, RM41. Beza banyak eh harga pasar tani dengan pasar Larkin. Sk goreng udang 4 ekor jer, perap garam dan kunyit sekejap, terus goreng. PI makan sekor jer, Sk la bedal dua ekor. Malam tu repeat lagi makan nasi lemak, Sk habiskan lagi sekor udang tu sebab PI tak nak, dia suka sambal udang jer makan dengan nasi putih. Puas hati betul kali ni dapat makan nasi lemak dengan udang besau. Kadang tengok jugak yang viral-viral jual nasi lemak lobster la, sotong jahat la, gerammmm jer. Tapi, kalau pergi makan nasi lemak, tetaplah ambil sambal paru jer, tachod nak ambil lauk sotong dengan udang ui!




Hari tu, Sk dah blend cili kering siap tanpa bawang. Sk dapati, kenapa tah, kalau Sk kisar asing cili dan bawang, nanti sambal Sk jadi macam tak cantik tekstur dia. Jadi, Sk masukkan bawang besar dua biji dalam jug blender (tak besar sangat bawangnya) dan masukkan lima sudu cili kisar, masukkan minyak masak dan air sikit, blend bersama. Aaaa.. barulah dapat sambal yang cantik teksturnya. Yang terjongol sikit dalam sambal tu, asam keping, hehehe. Sk letak asam keping kali ni, tak guna pes asam jawa. Ada tengok tips kat TT, letak asam keping lagi sedap, ya, lagi sedap.. ke.. memang Sk masak sedap ek? Hahaha.




Tugas melenggang telur kali ini diserahkan kepada PI. Sk dah cuci siap-siap tiga biji telur, rupanya dia tambah lagi sebiji. PI memang suka telur banyak kalau makan nasi lemak. Selain telur lenggang, Sk buat telur rebus dua biji jugak. Tapi bukan rebus la, macam biasa Sk guna kaedah kukus telur sambil masak nasi. Ingat lagi dulu-dulu zaman bujang, pergi Batu Layar dengan kawan-kawan (Along dan Ucu), kami tidur chalet dan sediakan sarapan sendiri, dorang ajar Sk masukkan telur terus dalam periuk masa masak nasi. Senang jugak tapi tu la, berlomoih pulak telur dengan santan, hehehe. Zaman tu rasanya kalau beli periuk nasi memang dapat inner periuk aje, tak dapat pengukus macam periuk nasi zaman sekarang. Itupun hari tu nampak kat mana tah, ada yang tanya, apa fungsi pengukus tu bila beli periuk nasi? Haishhh.. itupun tak boleh fikir sendiri, makan jadi apa agaknya?




Nasi lemak Sk wajib ada halba. Selain halba, Sk juga masukkan bawang merah dan halia, tapi tu la, daun pandan pulak tak ada., tapi tetaplah harum baunya. Masak nasi ni 2 1/2 pot habis licin dua kali makan, hahaha. Ingatkan nak buat bekal ke, tak sempatttt!  Yang dalam mangkuk merah tu, timun, dah siap nak makan baru teringat timun, hehehe. Lengkap condiments nasi lemak Sk kali ni, syukur Alhamdulillah.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Besar udang tu. Buat bbq sedap kalau besar camtu.

    ReplyDelete
  2. Wah, pandai PI buat telur lenggang ye SK.
    Hurrmmm... kaki yang gatal hendaklah dilayan SK.

    ReplyDelete
  3. Nasi lemak ni mmg puas makan kalau masak sendiri SK kan...
    PH pun X makan sangat kacang dgn nasi lemak sbb tu jarang goreng kacang bila masak nasi lemak.
    Udang tu besaq² mmg puas makan

    ReplyDelete
  4. Aduh.. Takde daun pandan pulak.. Tak cukup sifat nasi lemak tu. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Breakfast nasi lemak dengan lauk begitu kenyang sampai ke tengah hari.. LZ pun bercadang nak declutter barang dalam rumah sempena cuti panjang ni tapi itulah masih belum start, cuti pula hampir ke penghujung, haish..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!