MAKAN ROTI JOHN & SUP KAMBING MAMA SEMABOK

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


PERGI Melaka kali ni, tak ada dalam perancangan nak makan Ikan Bakar Cikgu. Lagipun agaknya perut pun masih kekembungan kekenyangan makan lauk ikan kembung di Selera Lauk Kampung dan Ikan Bakar Bukit Rambai. Oh, lupa.. sebenarnya bukan pasal tu aje tapi petang tu kami ada ke Klebang Coconut Shake, minum coconut shake dan makan nasi lemak seorang sebungkus. Pak Inche pulak tak ada idea nak makan kat mana, Sk cadangkan kami ke arah Semabok, Sk selalu nampak ada gerai makanan meriah dekat situ, tak tahu apa nama kedai. Sk taip dalam waze, makanan semabok, jumpa salah satu Roti John Mama dan Sup Mama Semabok. Bila dah sampai, aaa.. memang inilah kedai yang dimaksudkan. 





PI memang pantang jumpa Nasi lemak bungkus. Tapi, nasi lemaknya sejuk selap pulak. Pasal hujan ke tak tahu la.




Pesan Bihun Sup jugak tu.




Sedap biasa-biasa, bolehlah untuk PI yang penggemar bihun sup.




Sk pesan Sup Kambing. Sup Kambing dan Bihun Sup, RM19. Sedap Sup kambingnya. Kambing pun lembut, boleh kunyah.




Paling happy sebab kat sini ada Roti John. Tak ingat berapa harga, Sk ambil yang klasik. Tak suka Roti John yang meleleh dengan cheese dan mayonis tu. Roti John dia sedap, tak berminyak, tapi tak boleh lawan Roti John anak saudara Sk, Hafiz. Hafiz dah tak meniaga Roti John lagi sekarang. Dulu, bapak Si Hafiz ni la yang mula-mula bawa Sk makan Roti John masa Sk ikut dorang ke Melaka. Ingat lagi medan selera tu di tebing sungai tapi tak tahu nama tempat tu. Sejak tu la Sk suka sangat makan Roti John. Sekarang ni kalau nak beli RJ risau kena scam. 




Uniknya dekat sini, sos cili untuk RJ tu cair, memang cair dicampur air untuk buat cair-baik kot. Bila cicah ni kena lama sikit bagi dia meresap macam kita cecah roti dalam air, hahah. Mula-mula rasa pelik tapi lepas tu eh macam sedap pulak. Agaknya sebab RJ dia pun dah sedap, jadinya sedap la. Memang tak berhenti la dorang buat RJ, ada jer yang order. Ada runner yang datang ambil sepuluh terus RJ (Sk agak aje la sebab nampak banyak). 




Bila makan macam ni, terubat rindu nak makan RJ dengan Sup Kambing macam masa zaman mengajar kelas malam dulu. Waktu tu, Sk bekerja sebagai instruktor di sebuah kolej swasta dalam bidang elektronik. Jadi, memang ada pekerja-pekerja kilang ni yang akan ambil kursus separuh masa untuk dapatkan sijil bagi menyokong kenaikan pangkat dan gaji. Masa tu, Sk belum ada kenderaan, boyfriend pun tak ada nak jemput balik kerja, hahaha. Jadinya, Sk akan naik teksi dari kolej dan ambil bas di Perhentian Bas Sungai Segget. Dekat situ ada medan selera, Sk singgah dulu la makan dengan kawan, Along dan Ucu sebelum balik naik bas. Memang selalunya inilah menu Sk. Roti John dengan Sup Kambing, hehehe. 

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Amboi PI ni kalau gambar dia mkn mmg kita pun boleh teringin tgk dia mkn.. berselera sungguh.. sup kamping tu adoi sedapnya

    ReplyDelete
  2. kita sama x suka kalau RJ melimpah cheese ngan sos...suka yang macam ni..kadang kena pesan x nak mayonis atau cheese leleh...

    ReplyDelete
  3. ammi masa belajar luar kampus kat ITM Shah Alam dulu pun belum jumpa husband. naik bus memalam dari Shah Alam dan kita pulak tinggal di Damansara. Nak jalan lepas turun bus tu pun seriau sbb biasanya dah jam 11 lebih malam. Risau anjing

    ReplyDelete
  4. Awalnya roti john macam tu la.. Ada kedai di kawasan kampung saya, RJ nya telah ada sejak saya kecil lagi. Roti john yang diisi dengan campuran ikan bilis kisar dan telur makan dengan kuah cili cair.. Itulah RJ yang asli.

    ReplyDelete
  5. Org Kedah ni mmg tak leh berpisah dgn nasi lemak bungkus SK. Pagi ptg siang malam kami bulih ja makan sikmak bungkuih 😆
    PH suka RJ kering², sos pun tak suka banyak

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!