Assalamualaikum WBT
DAH nak dekat tengah malam baru datang idea nak berblog kisah siang tadi. Padahal tengah tengok k-drama 'Love Scout' ni. Takpe, kita pause dulu la ya, kita cerita kisah siang tadi. Tiga empat kali pusing cari parking di Aeon Bukit Indah sebab Pak Inche ajak makan Nasi Daun Pisang di Banana Bro yang membuka cawangan baharu di situ. Dulu, kalau nak tenang-tenang selalu meronggeng kat sini ternyata Aeon Bukit Indah pun dah tak relaks sekarang. Sama aje sesaknya dengan Paradigm Mall dan Midvalley Southkey tu haaaa.
Sistem pesanan di sini tak sama dengan Banana Bro cawangan PJ yang kami pergi sebelum ni. Kat sini, kena beratur dahulu, kemudian nanti ada staf yang akan ambil pesanan dan masukkan terus dalam sistem dan diberi nombor meja.
Gambar diambil sebelum full house. Masa ni ramai tengah menunggu giliran masuk (beratur). Kami nasib baik la cepat sampai beberapa minit sebelum tetiber orang beratur panjang.
Ambil Single Set (RM16.90) ni sorang satu. Set ni ada tiga sayur, nasi dan kuah kari ikan, kari ayam, dalca dan sejenis lagi kuah serta minuman teh o ais lemon.
Sayurnya, kubis goreng, acar timun dan peria goreng. Mula tamak minta tambah peria goreng sekali berminyak, memasing tak habis. Sk jer habiskan pelan-pelan, takut kena marah kalau tak habis, ialah, memula tamak no, hahahaha.
Setiap sorang pilih satu lauk kemudian kongsi makan sama-sama iaitu Ayam Goreng Berempah, Ayam Varuval dan Ayam 65. Masa ni kami ingat RM16.90 satu set termasuk ayam. Punyalah pilih sorang satu lauk ayam, huhu.
Ayam Goreng Berempah pun berminyak sikit tapi okeylah. Tak seteruk resapan minyak dalam peria goreng.
Ayam Goreng Berempah
Ayam Varuval
Ayam 65
Nasi, sayur, kuah, boleh refill.
Orang lapar disorongkan nasi daun pisang.
Jumlah RM79.35. Apa ke mahal sangat, kata RM16.90 satu set?
Tengok balik resit baru perasan, lauk-lauk ayam tu semua add-on. Iyer iyer la ingat murahhh jer RM16.90 set ada lauk ayam dan minuman sekali, hahahahaha. Tak baca betul-betul, adan uke. Patutlah sepanjang makan tu Sk fikir kenapa murah RM16.90 je. Makan kat Ashoka lagi mahal kadang.
Tak boleh tahan rasa berminyak peria goreng kat tekak, kami singgah Mixue makan aiskrim. Kemudian terus balik rumah.
Tetttt.. Sebelum sampai rumah singgah Thoufeeq Bistro pulak pekena Teh Tarik ngan Churros. Churros tu beli kat stall depan Thoufeeq.
PI makan Roti Canai Telur Bawang. Dah kemaruk tataw nak kata apa! Tosei pun sudah lupa matchaaaa!
Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.
Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih