KEJUTAN HARI JADI IMAN

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


AHAD, 19 Januari, tengah duduk-duduk sambil tunggu waktu maghrib, telefon Iman berbunyi. Iman tunjuk, panggilan dari ibu (Angah). Oh, Angah kata, datanglah rumah, dia masak apa tu nama.. apa tu nama... (Nama saya Ibrayusarima, jawab Sk). Sk memang suka sakat balik setiap kali Angah lupa nak cakap sesuatu, dia akan sebut.. 'Apa tu nama.., apa tu nama' berulang kali sampai ingat, hahahaha.




Alaaa.. apa tu nama.. yang tuang atas meja tu, kata Angah. Oh, Shell Out?

Haaa.. Shell Out. Oh, tapi.. stail kami tak tuang atas meja la. Kami hidang dalam kuali terus, hehehehe.




Sotong tak masuk dalam shell out tapi Angah buat goreng tepung. Izzat beli sate, besar gedabak sate dia.




Ada cream puff.. Cik Ani kot bawa.




Sejak awal bila Angah telefon ajak datang rumah tu, SK dah agak, dorang nak buat Kejutan Hari Jadi Iman. Memang kejutan sebab Angah kata tak plan pun. Dia pergi pasar geram nampak kerang dan kepah segar-segar. Lepas tu saja nak masak. Belek-belek fb, lalu memories hari jadi Iman, tu yang tetiba teringat nak buat. Suruh Izzat beli sate dan Cik Ani belikan kek Hazelnut dari Secret Recipe Perling Mall.




Kali kedua kena surprise. Sebelum kawan baik dia balik kampung kat Shah Alam minggu lepas, pun diorang buat kejutan jugak untuk Iman.




Dia dok cakap, bonda umur 24 dah kahwin, Yaya pakwe pun takde, hahahaha. Terus bapak dia tunjuk penumbuk, ni pakwe!




Nak potong kek, Pak Inche cepat-cepat ambik pisau dari tangan Iman.




Cubaan merampas semula pisau.




Terima kasih Ibu dan Cik Ani atas ingatan. Dulu masa Iman kecik-kecik pun selalu mereka-mereka nilah yang plan buat birthday party Iman kalau Sk tengah kering, hahahahaha. Cikwa jer tak ada ni, tak dapat balik la, hari tu baru balik, kan.




Semoga Allah swt tambahkan lagi rezeki kita dalam bentuk kesihatan dan wang yang banyak lagi halal, Aminnnn YRA.




Sepupussssss. Terkejut Iman tiba-tiba semua worang keluar dari pintu purple tu. Tak jangka langsung sebab biasa kalau buat surprise, keluar dari dapur. Sk pun ikut terkejut sekali, hehehehe.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Shell Out ni best kalau makan ramai-ramai.

    ReplyDelete
  2. happy birthday Iman...mkn shellout ramai2 meriah..hah trus dr kuali ye

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!