Assalamualaikum WBT
LEWAT petang semalam, Sk baca status Blogger Che Mat Gebu, bahawa En Razali bin Hamis, suami kepada Blogger Ayu Citarasa Rinduan, telah kembali ke rahmatullah. Tak silap Sk, En Razali telah 5 hari berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang kerana beberapa komplikasi kesihatan. Paling sedih, anaknya mereka, Umairah sedang bergelut dengan Peperiksaan SPM.
Ayu ni antara rakan blogger yang rapat di awal mula berblog dahulu. Orangnya peramah, lemah-lembut, sopan-santun dan sangat-sangat baik hatinya. Sk pernah datang ke Restoran Ayu di Felda Sungai Sayong, Kulai dan rupa-rupanya En Zali ni mengenali Sk sebab dulu arwah belajar di kolej Sk mengajar. Itulah orang kata, bila ada medsos ni, dunia terasa kecil.
innalillahiwainnailaihirojiuuunnnn
ReplyDeleteInna lillah wa inna ilayhi rojiun
ReplyDeleteSemoga Allah mengampuni dan merahmati rohnya.
Nama blog Citarasa Rinduan tu macam familiar, bila klik link rupanya saya follow blog tersebut. Cuma mungkin tak kenal mesra.
Macam familiar nama blog tu..macam pernah ikut dulu blog ni...apapun Salam Takziah buat beliau...innalillahiwainnailaihirojiun...semoga roh arwah suaminya dicucuri rahmat...amin...
ReplyDeleteKita pun terkejut sebab baru tengok TT Ayu sambut besday arwah tu.. Salam takziah buat Ayu sekeluarga, moga Ayu kuat dan redha atas kehilangan..
ReplyDeleteInnalillahiwainnailaihiraajiuunn.
ReplyDeleteSalam takziah buat Ayu sekeluarga.