SARAPAN DI KING'S KARI KAMBING

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 




SEMALAM, Sk dan Pak Inche sarapan berdua makan Roti Canai dan Kari Kambing di King's Kari Kambing yang terletak di Bandar Simpang Renggam. Asalnya nak bersarapan di Anika Manaf tapi masa lalu depan stall ni hati lebih tertarik untuk ke sini. Pesanan boleh dibuat melalui pelayan yang mengambil pesanan minuman.




PI dan Sk makan Roti Telur Bawang tapi Sk add on lagi sekeping roti canai, dasar betul! Adik yang hantar roti canai tu pada mulanya nak letak yang add on kat PI, Sk cepat-cepat cakap, saya punya, saya yang kuat makan tu, gelak-gelak adik tu. Masa kami minta extra kuah kari kambing (Kuah sahaja) pun dia gelak-gelak kecil. Mudah betul terhibur adik ni, hihi.


Kuah kari kambing sepiring kecil RM2 dan kari kambing (isi kecik-kecik) RM10. Terkujat jugaklah tengok mangkuknya cuma saiz mangkuk sup nasi ayam, huhu. Total semua RM19 tidak termasuk minuman. Dah makan, bayar sajalah, jangan banyak cakap, hahaha.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Begitulah harga kambing kan SK.
    Janji sedap dan kenyang.

    ReplyDelete
  2. W'salam SK..
    Wah best sarapan pagi pekena roti canai cicah kari kambing pekat - gandingan mantap.

    ReplyDelete
  3. Suka dgn org mudah terhibur ni, kita pun rasa terhibur juga hihi ...

    ReplyDelete
  4. Kari kambing ni jgn dibuat main.. semangkuk pun tak cukup hahahaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!