MENGOPI DI KLUANG RailCoffee

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 




TAK cukup syarat ke Kluang jika tak singgah mengopi di Kluang RailCoffee yang tersenarai dalam Malaysia Book Of Records sebagai Oldest Kopitiam Railway in Malaysia. Selepas check out di Hotel Anika, kami singgah ke kopitiam legend ni untuk mengopi.




Post ini, menjawab komen Wak Warisan Petani, hihi.




Ingatkan dah jam 12 lebih orang tak ramai dah, rupa-rupanya kena beratur juga. Tidaklah panjang sangat, mula dari tangga aje.




Stesen Keretapi Kluang ni dah berpindah ke bangunan baru. Dulu-dulu, turun keretapi dah boleh terus singgah mengopi, sekarang ni dah tak boleh dah. Haaa.. masa snap gambar ni belum ada orang beratur kat belakang kami.








Kopitiam ini telah dibuka sejak tahun 1938 ya, zaman sebelum merdeka. Dah 86 tahun. Sk tak pastilah generasi ke berapa yang sedang meneruskan perniagaan kopitiam ini.




15 minit jugak beratur, akhirnya kami dijemput masuk. Sistem pesanannya mudah, duduk di meja dan kita akan diberi menu dan kertas pesanan. Hanya perlu catatkan kod makanan dan minuman kemudian serahkan kepada staf. Pesanan akan dihantar ke meja dan bayar selepas makan.




Pelbagai pilihan roti bakar dan intinya. Jenis roti pun boleh pilih sama ada nak roti wholemeal, roti bun atau roti keping. Selain roti, ada juga pau.




Local food pun ada.




Penaja JJCM Kluang kita. Tapi, dia minta belanja kat Kluang RailCoffee ni pulak.




Masa pelayan hantar dua gelas kopi ais ke meja, PI terkejut dan bertanya, kopi ais dua? PI ingatkan staf salah hantar. Ye laaa, bonda punya satu, Sk mengesahkan. Staf tu pun dah risau salah hantar juga tapi dia tunjuk la dekat list order tu tulis dua. PI masih buat muka terkejut, ialah, selalu Sk minum kopi panas ataupun ais kosong. 




PI makan nasi lemak (lagi??). Sk makan Mihun Goreng. Makanan bungkus ni dulu mereka letak siap-siap atas meja, tapi sekarang, kita pesan baru dia hantar dan kiranya masuk terus dalam sistem la. Selain tu kami pesan satu set roti keping kaya butter dan roti bun kaya butter. Sk lebih suka roti bun tu sebab macam lagi gemuk gebu rotinya. Ada telur separuh masak jugak untuk PI. 




Mihun Goreng ada telur simkad 😁. Sedap mihun goreng tu macam mihun zaman sekolah rendah dulu. Bila makan tempat-tempat macam ni memang cepat aje terkenang kisah-kisah yang lalu, kan. Rindu boleh, kembali jangan. Bukan senang zaman kecik-kecik dulu walaupun orang kata budak kecik tak ada masalah. 




Ni pun mesti terkenang zaman duduk estet dulu, ahaks! Arwah bapak mertua Sk dulu kerani estet.




Sk pesan kopi sebab ingat dia akan letak dalam cup plastik pakai buang tu, jadi senanglah Sk angkut kalau tak habis. Sekali dia letak dalam gelas besar gedabak ni, hahaha. Sedap betul kopinya, biru mata hitamku, punyalah laju menyedut, hahaha. Mulanya, Sk fikir boleh habis ke ni, sebab malas nak minta bungkuskan kalau setakat tak habis setengah gelas, sekali.. habis ya segelas besar tu, sedap sangat. PI kata, ini barulah kopi!




Tebal betul butter dia, tak lokek. Lagi satu, butter dia tak cair ya walaupun diselitkan pada roti yang baru dibakar. Maintain cun!




Lepas makan, baru bayar.




Kopitiam dalam stesen keretapi paling lama di Malaysia. Sk tak pasti ada stesen keretapi lain di Malaysia ni yang ada kopitiam jugak.




Waktu operasi setiap hari kecuali Isnin

7 pagi hingga 6 petang

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Best kan vibes kat sini...environment pun lain...kalau nak pi sini next time SA nak cuba makan Wan Tan Mee dia plak...rasanya macam nak singgah lagi hujung bulan ni

    ReplyDelete
  2. Betul Kak, bukak baru macam mana pun, tetap nak pi kedai lama ni. Kat Kota Masai pun dah ada Kluang Caafe ni gak, haritu pergi gan anak.. kemain ramaiii

    ReplyDelete
  3. wahh..lejen nih...telur simkad...hahaha...sedapnya kopi ais..

    ReplyDelete
  4. Yes, kopi dia sedap!
    Roti bakaq sedap!
    Bun sedap! Semua sedap² la kan.
    Vibe old school tu yg mahal tu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!