SOTONG MASAK HITAM LETAK KICAP

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 




SOTONG Masak Hitam ala Mak Atika Suhaimi tapi yang ni letak kicap. Sebabnya, Sk teringin nak makan Sotong Masak Hitam, PI pulak nak Sotong Masak Kicap, jadi kita gabungkan la dua-dua sekali, hehehe.

SOTONG MASAK HITAM LETAK KICAP


Bahan-bahan :


7 - 8 ekor sotong saiz sederhana (kecik-kecik pun okey)

1 biji bawang besar, 1" halia, 1" lengkuas (ditumbuk lumat - kisar pun boleh)

2 sudu lada hitam ditumbuk kasar

1 biji bawang besar potong bulat

3 biji cili padi belah dua

4 sudu kicap manis

Sedikit minyak untuk menumis


Cara memasak :


1. Bersihkan sotong tapi jangan buang dakwat. Cuma buang tulang dan mulut sotong yang keras tu.


2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga sedikit garing.


3. Masukkan sotong, kacau sekejap.


4. Masukkan kicap dan lada hitam.


5. Masukkan bawang yang dipotong bulat dan cili padi. Masak hingga bawang layu sambil dikacau sekali-sekali. Tidak perlu letak air, sotong keluarkan air sendiri nanti. 

Tags

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!