MASAK SARDIN YUSOF TAIYOOB

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


DAH masuk tahun 2025 dan hari ini juga bersamaan dengan 1 Rejab 1446H. Selamat tahun baru dan selamat menunaikan puasa sunat Rejab buat pembaca Alam Sari Tanah Jauhar.


Ya Allah, Berkatkanlah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan, Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.



Adik Sk, Cikwa bagi Sardin jenama Yusof Taiyoob. Beli masa live kat TT, katanya, dapat murah, RM10/ 4 tin saiz kecil, penghantaran percuma. Kawan pejabat Sk ada jual jugak, tapi tiga tin, doblas hengget, hehehe. Bila dia jual, baru Sk tahu YT bukan sekadar jual kurma, heheh. Sk tak pernah beli tapi teringin jugak nak tahu rasa dia, okey ke idok. Bila Cikwa bagi sardin YT ni, ibarat pucuk dicita, ulam mendatang. Aaaa.. kena ke tidak peribahasa Sk ni ek, hihi.


Ingatkan nak masak Sambal Sardin tapi cili giling habis, jadi, cuma tumis bawang putih dicincang, masukkan bawang besar potong separa bulat sebiji, tumis tumis tumis, terus tuang sardin dari tin. Yang sebenar Sk risau betul jenama sardin yang tak biasa beli ni ada ulat dalam dia, tapi syukurlah tak ada. Tak berani nak pakai teropong (spek) tengok betul-betul, hahaha.




Orang kata, kalau masak sardin kena ada telur dadar, tapi, malaslah pulak nak mendadar. Nak kena pecah telur dalam mangkuk la, nak masukkan garam, pukul guna garfu lagi, baru boleh tuang dalam kuali. Kalau versi rajinnya, kena letak bawang cili. Jadi, kita buat telur mata ajelah yang senang, hehehe. Okey ajelah Sardin YT ni. Sedap jugak, ke... sebab yang masaknya sedap??? Hahahaha.


Syukur.. Alhamdulillah. 
Tags

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Selalu nampak telur lenggang..hari ni telur mata🤭

    ReplyDelete
  2. Memang betul tu, Sk. Sardin Yusof Taiyoob ni memang tengah viral sekarang, ramai cakap sedap dan berbaloi. Saya pun baru tahu YT ada produk lain selain kurma, macam awak. Kalau dah dapat hadiah macam ni, memang rezeki namanya.

    ReplyDelete
  3. Baca tajuk entri ingatkan sardin yang diolah campur kurma... hehhee
    ada rupanya tin sardin drpd YT

    ReplyDelete
  4. Nak cuba..dah 3 hari lalu lalang kat TT..tapi kita nyer azam baru x nak shopping online...acaner tu?hahahaha....selamat masuk cart blom check out

    ReplyDelete
  5. Ingatkan jual kurma je rupanya ada juga produk lain. Tak pernah nampak lagi orang jual kat sini.

    ReplyDelete
  6. kalau laici dlm tin YT pernah nmpk, sardin belum pernah jumpa lg...semoga meluas jualannya utk mudah membelinya...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!