Assalamualaikum WBT
DAH habis cerita JJCM Muar dan Melaka, hari ini Sk nak bawa pembaca ke Kluang pula. Siapa nak ikut? Jom!
Macam biasalah, tukang ajaknya, PI. Doklah berzikir nak pergi Kluang sejak balik dari Melaka tu. Pada mulanya Sk menolak, sebab penat tak hilang lagi, malah kain baju bertimbun tak berlipat oi. PI tak nampak tu sebab Sk longgok letak dalam bilik Iman. Tapi, masa hari Jumaat, Sk fikir balik, okey jugak kalau pergi Kluang sebab hari isnin kan cuti ganti. Tu takpa, Sk pulak tukang cari hotelnya, terus screen shot nama hotel tu, suruh PI booking. Nanti Sk cerita tentang hotel penginapan kami tu kemudian ya.
Pagi tu, kami sarapan di rumah, Sk masak Nasi Goreng Sambal Belacan letak daging baki rendang Angah bagi dengan Pulut Kuning. Ah, yang ni pun belum cerita, hahaha. Lepas sarapan, Sk kemas peti sejuk pulak, buang semua makanan tahun lepas punya, hahaha. Taklah, bukanlah makanan tu dah simpan setahun.. hahaha. Siap kemas semua, baru lega nak tinggalkan rumah. Dalam pukul 11.30 pagi macam tu, kami gerak ikut jalan lama iaitu dari Bandar Pulai Jaya, kami menuju ke Aeon Kulai dan turun jejambat terus ke Jalan Kulai - Kota Tinggi, kemudian keluar di Felda Sungai Sayong. Sajalah, nak lalu felda-felda ni.
Banyak lori eh hari sabtu, jalan jalan jalan.. laju.. depan sana merangkak sekejap ikut belakang lori. Pukul 1 tengahari, baru sampai Kluang. Ngam-ngam waktu lunch, kan.. PI tanya, nak makan kat Restoran Bawah Kolong ke kat Ngepot Kabin. Ngepot Kabin tu Shahrul Shiro punya, kata PI. Eh, jomlah kita pergi tempat Shahrul Shiro, lagipun Rumah Bawah Kolong dah pernah pergi.
Full House ya Ngepot Kabin yang sebesar tidak tu. Dapat meja yang orangnya baru bangun, Sk duduk dulu sementara PI ambil makanan dia. Lepas tu PI datang bawa nasi sepinggan penuh ni untuk Sk, dia kata, nasi dah nak habis, jadi dia ambilkan untuk Sk siap-siap, huhu.
Orang beratur nak ambil nasi. Ada aje nasinya, kemudian tu ada staf datang bawa nasi baru satu tong!
PI belek resit. Pelik apa yang mahal, hahaha. Kedai artis, kan.. dia bukan jual lauk aje tapi jenama dia sekali. PI ambil nasi, sayur, ulam dan ikan pari bakar, jumlahnya RM24. Pari tu, RM15 (dalam resit tulis jenahak). Dahlah mahal, keras pulak, dibakar sampai kering kontang. PI kata tak ada lauk kari.
Sk ambil Ikan Talapia masak lemak, ulam jantung pisang, ulam raja, kacang botol sebatang, sambal belacan, jumlahnya RM20.00. Sambal belacan dia power giler, masak lemaknya berasa ditambah aroma daun kunyit .
Kabin ni memang Shahrul Shiro punya eh satu bangunan ni. Dia sewakan jugak pada gerai-gerai makanan lain tapi gerai lain tu mungkin beroperasi sebelah petang dan malam. Cuma gerai nasi campur dan minuman jer serta ada satu gerai dessert beroperasi siang. gerai nasi campur tu Shahrul punya la. Ada barber jugak kot kat bawah ni.
Tiga resit sebab lepas ambil makanan terus kena bayar, jadi kami bayar asing-asing la sebab sorang kena tunggu kat meja. Dah pukul 2 lebih macam tu, barulah pelanggan mula berkurangan dan mula banyak meja kosong.
Bagus artis² skrg ramai yg berbisnes. Kita ni x sempat lagi nak pegi support kedai makan Ahak, dekat Giant Batu Caves ni je...
ReplyDeleteIkan masak lemak tu mmg nampak sedap la SK
Boleh tahan ye harga makanan dia..biasa la artis punya kedai kot...Nampak macam menarik untuk try ni...mana tau nak JJCM kat Kluang plak
ReplyDelete