NASI KERABU IKAN TONGKOL

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 


HARI ini pertama bercuti hujung minggu hari ahad selepas 10 tahun bercuti Jummat Sabtu. Tatkala blog ini ditulis pun, Sk berada di luar daerah Jay Bee. Saja melepaskan hajat Pak Inche ni nak JJCM. Ke mana? Tungguuuhh!


Kisah isnin lepas , Pak Inche pergi pasar malam Taman Teratai. Sk minta belikan Nasi Kerabu atau Nasi Kukus, mana-mana satu. Harapnya PI belikan nasi kerabu la, sebab siang tu Sk nak makan Nasi Kerabu Kak Yah Kampung Pasir, tutup pulak. Tapi, tak mengharap sangat, risau PI tu manalah pernah beli nasi kerabu. Pandai ke idok?




Eh, pandai rupanya PI beli nasi kerabu, heheheh. 




Ingatkan tak dapat makan nasi kerabu sebelum habis tahun 2024. Rezeki tak salah alamat walaupun bukan nasi kerabu Kak Yah. Suka sangat sebab ada solok lada. Cuma tak ada telur masin. 




Speechless tengok lauk yang PI pilihkan, gulai ikan tongkol. PI kata, selalu nampak Sk suka ikan. Aaa.. Sk kan memang pergi makan mana-mana kedai suka pilih ikan dari daging. Tak larat dah nak kunyah daging sekarang, maklumlah, dah remaja purba 🤭. Last hari tu makan nasi kerabu Kak Yah, Sk pilih lauk ikan keli berlado.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedap nasi kerabu tu. Selamat berhujung minggu !

    ReplyDelete
  2. Nasi kerabu warna biru baru best nak makan. Cie suka tambah sambal paru.

    ReplyDelete
  3. sedap sangat nampak nasi kerabu ni...

    ReplyDelete
  4. Kelmarin masuk kedai konon nak makan nasi kerabu, tapi nasi goreng dok lambai², terus lupa hajat nak makan nasi kerabu 😅

    ReplyDelete
  5. Lapar terus perut SA, dah la SA tengah xde idea nak makan apa ha

    ReplyDelete
  6. mmg rare lauk ikan tongkol mkn ngan nasi kerabu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!