MAKAN FRIED CARROT CAKE DI RESTORAN HUA MUI KOPITIAM

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 


ALHAMDULILLAH, semalam petang, buah hati pengarang jantung intan meletops sudah balik. Study week dah bermula dan rasanya tak ada program podcast la tu, tu yang balik. Saja nak kongsi, Iman merupakan Timbalan Presiden Kelab Studio UTM (tak pasti apa nama sebenar unit ni). Tu yang walaupun cuti, kadang-kadang Iman kena berada di U, termasuk hujung minggu.




Buntu jugak nak makan di mana malam tadi. Tanya PI, PI kata, tak tahu. Suruh Iman pilih nak makan kat mana, dia kata ikut aje mana-mana. Bila bonda cadang makan kat mamak, diam pulak dua-dua. Tak nak mamak la tuuuu. Tengah memandu, tetiba.. Ting!!! (Bayangkan kalau kartun tu, nanti keluar gambar mentol kat kepala). Teringat Hua Mui Kopitiam di Eco Botanic, dah tutup ke belum. Tengok jam pada dashboard, dah 8.30. Tak silap, dorang tutup pesanan pukul 8.45. Sampai-sampai aje, belum sempat Sk matikan enjin, PI dah lari masuk kedai takut dorang letak signage close, hahaha. 


Eh, hari tu datang dorang dah guna sistem QR, ni dah buat manual balik. Ni mesti pasal line internet yang tak berapa elok kat kawasan ni. Celcom pun menyiput!




Walaupun dah study week, tapi ada kelas online. Mungkin presentation yang tak sempat habis dari beberapa kumpulan.




PI ni memang banyak tanya. Tanya pasal kelas belajar apa, kawan ni masuk tak, kawan tu masuk tak, hahaha.




Iman kata, dia nak air sedap dan dessert. Lama tak makan dessert. Iyo la tuuuuu.




PI minum Kopi Ais. PI kata, rugi datang kopitiam tak minum kopi.




Jelly Susu. Merah tu, jelinya, kemudian dia tuang gitu-gitu jer susu sejat dalam tin tu.





PI makan Cantonese Kueyteow. Sedap tak mengecewakan. No komplen la gitu.




Selain kopi, rugi jika ke kopitiam tak makan Roti Bakar. Ni ambil double butter + kaya. 




Kari Laksa Nyonya kot nama dia. Boleh pilih nak mee kuning, mihun, laksa atau kueyteow. Ni Iman punya, Iman pilih mihun. Dia sama macam bapak dia la, suka mihun. Tapi kalau makan soto, dia ikut Sk, suka nasi impit. Sedap Laksa Nyonya ni.




Sk dah tulis kod untuk Chicken Chop tapi macam nak makan benda lain yang tak berat sangat. Lepas tu nampak ada Fried Carrot Cake, wahhh.. sejak bila ada menu ni, tataw. Tapi tu la, tengok dia goreng telur lagi teruk dari Restoran Periuk Kampung semalam, hahaha. Telur tu dia buat selimut atas Carrot Cake tu, baik dia buat telur dadar terussss.




Tapi, nasib baiklahhhh carrot cake tu sedap ya, cuma macam ada rasa belacan sikit. Tapi, betul-betul sedap, lain kali datang Hua Mui memang masuk kategori wajib order ni. Selalu carrot cake ni nampak kat pasar malam, memang tak yakin nak beli. Hua Mui ni ada sijil halal Jakim, tak ada rasa was-was. Jumlah semua harga makanan dan minuman semalam RM66, tapi PI kata, lupa ambil resit. Agaknya kelam-kabut pasal semalam kitorang last customer, hehehe. 




Gambar Bandaraya Johor Bahru. Tahun bila dirakamkan, tak pasti. Hua Mui pertama di JB ialah kedai yang depan hujung belah kiri ni cuma dekat sana, dia guna nama Hwa Mui. Yang cawangan-cawangan dia yang lain letak nama Hua Mui. Sk suka pergi Hwa Mui asal ni, tapi dah lama tak pergi sebab susah nak parking. Boleh aje sebenarnya nak pergi dan letak kereta di medan letak kereta berbayar, tapi jauhlah.. sayang lemak, hahahaha.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. SA suka vibes yang kedai asal tu..cuma tu la..parking susah...nanti nak cuba la makan fried carrot cake tu...nampak sedap...PI nyer menu tu pun nampak sodap

    ReplyDelete
  2. Semua nampak sedap, takde yang tak sedap melainkan sedap² belaka ahaha 😂

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!