MAKAN MEE SUP TENGKERA

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


KITA sambung lagi kisah JJCM ke Melaka. Kali ni memang ikutkan saja di mana Pak Inche nak makan. Sepanjang kat sana kerja kami, pergi makan, balik hotel.. pergi makan, balik semula ke hotel... dan seterusnya, hahaha. Pergi pun tempat dekat-dekat aje. Bagus pulak hotel penginapan yang kami pilih terletak di lokasi yang tidak sibuk. PI tanya Sk, nak pergi Aeon ke? Sk cepat-cepat angkat tangan buat isyarat pangkah beberapa kali. Tak apalah, aeon kat JB pun banyak dah, hahaha. Yang suka sangat pergi Aeon tu, Iman.. sebab nak pow bapak dia belikan baju.




Kedai Mee Sup Tengkera ni beroperasi setiap hari kecuali hari khamis dari jam 2 petang hingga 6.30 petang. Kami sampai ni baru setengah jam ia dibuka, tapi dah hampir penuh.




Ia terletak di Kampung Tengkera Pantai 2. Macam biasalah, tempat-tempat makan legend ni kami tahu dari Along, hehehe.




Datang sini, wajiblah pesan Popiah Basah. Popiah Basah sini lain sikit la dengan Popiah Basah di JB, di Ipoh, di Penang dan di Kedah yang pernah Sk makan. Dekat sini popia basahnya bersaiz besar dan memang betul-betul basah (berair).  Popiah ni, RM2.50 sebatang, ingat lagi dulu baru RM1.20, hehehe.




Sebelum-sebelum ni tak pernah tahu kat sini ada add on kulit dan hati ayam.




Kalau pergi kedai-kedai makan legend di Melaka, selalu ada air mata kucing.





Sk tak ambil gambar pulak Mee Sup, ambil video saja untuk IG Stories. PI pilih mihun dan Sk pilih kueyteow. Kueyteow tu boleh rasa dia punya meresap sup tu. Kalau rasa tawar, boleh tambah kicap soya, kalau nak pedas berangin, boleh tambah lada sulah. Selain tu, ada cili potong jugak, bukan cili padi tapi cili besar atau lada hidup.




Makan dengan kulit dan hati ayam tu, lagi ada feel masin-masin tu.




Wajah kepuasan dapat makan Mee Sup Tengkera. Dah kenyang, apalagi.. kami pun balik la ke hotel.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Nampak sedap semuanya tu. Hari tu pun ada nampak orang makan kat sini memang tempat viral juga ni.

    ReplyDelete
  2. Tadi bac akat blog Fairus, tapi x nampak mee sup...nama kedai je...kena masuk wishlist ni

    ReplyDelete
  3. Baru beberapa lepas saya makan kat sini dengan anak. Ada saya buat post di blog. Hehe

    ReplyDelete
  4. Ok ammi masuk dalam list. Mana diamnya Tengkera ni pun ammi taktau huhu. Nama je kawen ngan org Melake

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!