Assalamualaikum WBT
MASIH di Kluang, kali ini kami ke Fud's Station yang terletak berhadapan dengan Hotel Prime City. Kebetulan masa menuju ke Ngepot Kabin ternampak kedai ni dan tertarik dengan tulisan jawi yang digunakan selain tulisan rumi. Pada mulanya nak mengopi di tempat lain yang nampak lebih klasik tapi .. tak jadi sebab .. (hurmmm.. biarlah rahsia).
Sebaik sahaja duduk, seorang pelayan datang membawakan buku menu seorang sebuah.
Pesanan dibuat dengan mencatat code menu dan kuantiti.
Kita belek-belek dulu la menu dari depan sampai belakang.
Okey, dah habis belek.
Luas kedainya berkonsepkan terbuka. Angin di Kluang kuat betul ya, macam tepi laut. Rupa-rupanya petanda hujan lebat berterusan bakal menimpa bumi Kluang malah seluruh bumi Jauhar basah sejak Jumaat lepas dan ada tempat mengalami banjir.
Kaunter minuman. Tapi jangan risau, semua Pesanan akan dihantar terus ke meja oleh pelayan.
Kopi Mentega (RM3.50) disertakan sekeping biskut Cream Crackers. Arwah abah panggil biskut kaka.
Padahal baru minum cendol, boleh pulak sambung mengopi, hihi. Roti Bakar Arang Kaya + Butter (RM4) dan Telur Separuh Masak (RM2.50) untuk PI. PI minum Kopi C Ais (RM4).
Nostalgia sungguh bila dapat celup biskut kaka dalam kopi panas.
Rojak Tauhu (RM5.50)
Terubat kecewa tak dapat makan Rojak Tauhu di Long Cendol.
Lempeng Omak (RM4) datang bersama kuah kari dan sambal tumis. Sambal tumis dia sedap. Tak lokek pulak bila kita mintak extra.
Lama tunggu lempeng, tu yang kopinya dah luak separuh. Sk tak suka minum kopi sejuk, minum kopi suam pun tekak dah kembang. Suka minum panas-panas, kalau sejuk, biar ada ais, bukan sejuk selap (suhu bilik).
Wakorang Kluang pun belum pernah sampai tempat ni.
ReplyDeleteselamat menjamu selera.
Cie paling suka kedai kopi macam ni. Memang best.
ReplyDeleteKopilih dia dari aku? hehehehehe
ReplyDelete