POPIAH BIG MAC

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


ADA geng Goshop office oren order Popiah Big Mac frozen minggu lepas. Sk cepat-cepat masuk order, RM12/6 ketul. Dapatnya kelmarin, tapi boleh pulak lupa nak bawa balik. Popiahnya Sk simpan dalam fridge, tak nampak depan mata, tu yang lupa. 




Semalam, dok mengingatkan diri agar jangan lupa bawa balik, hihi. Memang masa balik tu teringat, mujur tak lupa lagi. Elok popiahnya digoreng tak terbuka langsung, kulitnya pun tak pecah.




Goreng tiga.. tiga.. buat dua pusingan untuk jimatkan minyak. Tengok orang meniaga popiah ni, sekali goreng berpuluh biji, disusun menegak dalam bakul besi, goreng terendam dalam minyak, lepas tu terus angkat sekali arung. Cara kita, macam ni la, kena rajin balik-balikkan supaya tak hangus sebelah.



Berkawad masing-masing.




Masih berkawad. Tunggu suam dulu baru makan nanti lidah melorot!




Tidak disertakan sos, Sk cicah mayonis dan sos cili aje pun dah sedap.




Memang sedap betul! Ada dua pilihan inti, ayam atau daging. Sk beli inti daging.




Dah dua ketul masuk mulut. Mula nak tinggalkan tiga ketul untuk PI tapi tak jadilah, PI tak boleh makan ni banyak, kita tinggalkan dua ketul aje untuk dia, hahahaha.

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Memang yang inti daging lagi sedap SK...

    ReplyDelete
  2. kat opis pun ada jual, lum try beli je lagi

    ReplyDelete
  3. Pagi tadi kita makan lima popia. Tak lawanlah popia inti daging SK ni.

    ReplyDelete
  4. Wah big Mac namanya...mcm nama burger kt mcd je ya..
    Agak inti pon inspirasi daripda burger tu hehe

    ReplyDelete
  5. owh inti dia macam tu rupanya, okay lah kemas lipatan tak terbuka waktu di goreng kan.. :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!