PAGI MINGGU

Seri Kandi Tanah Jauhar
0

 Assalamualaikum WBT 




PAGI ni teman Pak Inche ke Pasar Tani. Meriah betul pasar tani, kata PI sebelum ni sepi jer tak ramai. Macam biasa, singgah gerai ikan favourite PI. Sebenarnya ni la satu-satunya gerai sumber laut di Pasar Tani Taman Sri Pulai ni, hihi.  Lepas pilih haiwan pilihan, bolehlah beratur bayar. 




Balik dari pasar tani, singgah Restoran Sahabat di Taman Teratai. Sampai dua orang tukang tebar roti canainya.




Sk makan Lontong Kering.




PI makan Roti Telur Bawang. Sejak akhir-akhir ni dia dah ketagih roti telur bawang. 




Oh, tadi, habis jer beli di gerai terakhir paling hujung, hujan menderu turun. Tu yang pakai topi.




Sempatlah sebelum hujan tu beli kuih cantik.




Apam Strawberry. Selalu apam makan dengan kelapa tapi ni ada jem strawberry. 




Lompang.  Tak kedekut kelapanya.




Dah lama teringin nak makan agar-agar macam ni. Sedap sebab dia guna jelly, kenyal-kenyal gitu.

Post a Comment

0Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!