Assalamualaikum WBT
BERTIMBUN selesai lipat kain hari ni sambil layan 'Squid Game'. Patutlah ramai yang sakit hati dengan ending drama ni, tergantung macam tu aje. Tapi, tak sesakit hati tengok ending When The Phone Rings eh, entah apa-apa jer. Dahlah masa awal tayangan dulu ada tertunda, tiba-tiba pengakhirannya begitu, memang kena boikot laaa. Tapinya, nak boikot macam mana, dah pun tengok sampai habis.
Hari Jumaat lepas, kami ke Restoran Jepun Ikan Bakar. Lama dah wujud restoran ni dan memang kenal pemiliknya tapi tak berkesempatan nak datang. Tengok-tengok, JIB fyp kat TT, Sk ajak PI pergi. Malam tu jugak PI onz. Siap ambil Iman kat kampus sebab portion dia besar, kan. Tak habis pulak kalau makan berdua. Iman bawa bff dia Ili.
Kenapa nama Jepun, bakar stail Jepun ke? Jepun tu nama gelaran pemilik JIB ni. Tapi, kami panggil Wan. Kebetulan pulak lokasinya di Bukit Jepun, tu yang beliau letak nama Jepun Ikan Bakar. Sebelumnya, ia adalah Restoran Anjung Warisan.
Sambil beratur kita snap pic ni, menu baru di JIB. Dekat sini, beratur dulu ya, dapatkan nombor meja dan meja, kemudian boleh pilih makanan laut dan cara masakan. Terus jugaklah pesan nak berapa jumlah nasi dan minuman. Tanyalah dengan ahli rombongan siap-siap, senang. Harga makanan laut mengikut pasaran.
Budak ni merayu minta babah order sotong dengan udang. Hari-hari makan ayam dengan telur kata dia, hahahahaha.
Udang Bakar Sambal (RM67.60)
Udang Bakar Sambal dari pandangan atas, hehehe.
Baby Kailan Goreng, saiz medium (RM12)
Siput Gonggong (51.30) favourite Iman. Lepas tu dia paksa Ili makan jugak. Bagus Ili ni, takde memilih makan.
Siput ni dia rebus dengan daun limau purut. Sk kagum tengok kulit dia putih melepak, hahahah.
Tomyam Gong (RM18) M
Tomyam dia sedap, tak ada rasa pes, pandailah dia seimbangkan rasa pes tu.
Ada cencaluk atas Udang Bakar Sambal ni. Sedap ya bila digaul bersama.
Pelanggan ramai, makanan lambat jugak tapi taklah lambat sangat. Sambil tunggu kita layan bunyi angklung. Macam-macam lagu dia mainkan, pandai betul.
Nak ikan pari, tapi pari habis, jadi kami pilih siakap. Ikan Siakap Bakar Sambal jugak. Pelik dorang bila kami ambil semua masakan bakar sambal. Sebabnya tak nak kacau rasa. Kalau kat Jay Bee ni, memang biasanya masak bakar bersambal. Setiap masakan ni walaupun semuanya sambal tapi rasa sambal tu ada keistimewaan sendiri. Macam Sambal ikan ni ada banyak bawang, sedap.
Siakap Bakar Sambal (RM64.35)
Paling lambat sampai, Sotong Bakar Sambal. Sk lupa nak snap gambar sotong sebelum dimasak. Sotong dia besar lengan Sk ya, orang sekarang kata, besar bas! Sama macam Udang, pun ada sambal cencaluk. Dekat sini famous jugak dengan masakan bakar sambal petai. Sotongnya lembut dan sempurna masaknya.
Sotong Bakar Sambal (RM75.35)
Ni ruang masuk, pilih seafood kat sini. Ni dah tak ramai orang la, dah pukul 10.30 malam.
Damai jer tengok air bercurahan ke tempayan.
Rezeki malam tu sebab bos ada, dapatlah diskaun. En Wan yang Sk kenal sejak dulu memang pemurah dengan kawan-kawan. Terima kasih, En Wan. Semoga perniagaannya terus maju dan En Wan sekeluarga diberi kesihatan yang baik dan sejahtera selalu.
Aminnnn YRA.
Muka tokey macam orang Jepun.. Patutlah nama restoran macam tu.. Sama macam member saya, kami panggil Jepun pasal muka macam orang Jepun.
ReplyDeletesedapnya semua makanan. tak pernah makan siput gonggong tu.
ReplyDeleteAah la, kita pun nak tegur siput tu, lawa bebeno haha ...
ReplyDeleteSemoga sukses selalu bisnes-nya En Wan 🤲🏻
sayang plak nak makan siput tu...cantik cengkerang dia kan...SA dah pernah makan kat sini...memang sedap dan berasa masakannya...boleh repeat nanti...
ReplyDeleteteringat2 makan siput gonggong dkt Restoran Terapung Seafood Bujang Firefly,pertama kali makan siput gonggong sedap rupanya...
ReplyDeletegambar last tu tersenyum saya tengok PI tengok tangan dia sndr buat mini love