BELANJA BIRTHDAY GIRL DI MANZANITA PATISSERIE & BOULANGARIE TAMAN DAYA

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum WBT 




SEMALAM, rehat panjang hari Jumaat, kan. Sk ambil kesempatan ajak kawan baik Sk sejak Form 4, Suhaily, yang baru genap usianya 50 tahun pada 5 Januari lepas makan di Manzanita Patisserie & Boulangarie Taman Daya. Tak sangka pulak semalam hujan sepanjang hari setelah lebih seminggu cuaca panas. Sk sampai dulu dan ambil tempat di tepi tingkap ni. Bukan tingkap sebenarnya, tapi dinding kaca.




Suka cara pesanan di sini. Walaupun tempatnya moden tapi caranya praktikal. Cuma catatkan kod pesanan pada kertas pesanan yang diberi bersama buku menu. Sk buat pesanan dulu la sementara tunggu kawan Sk sampai.




Sk pesan Hawaiian Pizza (RM24.80). Pizza ni bolehlah kongsi, kemudian ambil menu main course seorang satu. Ingatkan nak pesan Black Spaghetti (lupa nama betul dalam menu) tapi risau gigi hitam, hahaha.




Pizza tadi dihidang ngam-ngam Birthday Girl sampai. Awal dia sambut umur 50, Sk kena tunggu lagi 5 bulan.  Sk ingat Pizza ni kecik saiz individu, rupanya besar juga, medium. Jadinya, Sk tak jadilah pesan main course lain.




Clam & Garlic Pasta (RM22.90) pilihan Suhaily. Sedap, tidak mengecewakan.




Hot Honey Lemon (RM7.80) memang sesuai disisip dalam cuaca hujan. Sk pilih Iced RO Purified Water (RM1.00). Konon nak mengopi tapi tak jadi. Sejak dah tak minum kopi hari-hari dah tak ada rasa nak mengopi sangat. Itulah, kita ni kan, sebenarnya selama ni ketagih. Perlahan-lahan tinggalkan lama-lama tak mahu sudah. Sekali-sekala Sk minum jugak, bukanlah tak minum langsung. Bagusnya bila minta ais kosong kat sini, ianya free flow. Boleh minta staf tambah jika nak lagi. Staf pun cepat jer datang bila perasan minuman kita dah luak separuh.




Ini sajalah menu yang dipesan semalam. Sk suruh Suhaily pilih kek di kaunter, dia tak mahu. Alasannya dah kenyang. Suruh tapau pun tak nak jugak.




Tak teringat nak suruh staf Manzanita tolong ambilkan gambar, hahahah. Kita selfi pun boleh.


Selamat hari lahir, Suhaily.
 Semoga panjang usia, diberi kesihatan yang baik, bahagia dan sejahtera selalu hendaknya,

Aminnn Ya Robbal Alamiiiinnn.

Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Seronok kan rehat lama.. Boleh merendek... Hahaha..

    Happy belated birthday puan suhaily, moga sihat2 selalu.

    SK, tak nampak pun macam nak masuk 50an dah.. Awet muda U

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday utk bff SK
    Semoga panjang umur & sihat² selalu 🤲🏻
    Dah 5-series ye 👍🏻

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!