NOSTALGIA SELERA KAMPUNG RAMADAN BUFFET @ THISTLE JOHOR BAHRU

Seri Kandi Tanah Jauhar
5

 Assalamualaikum WBT 


SK masih ingat lagi, beberapa tahun lepas, masa tu kami keluar shopping baju raya. Kalau dah penat shopping kan, dengan tengah berpuasa lagi, memang tak larat la nak masak. Tu memang dah plan, lepas shopping, kita singgah jer Bazar Ramadan untuk tapau makanan berbuka. Tapi, masa tu, nak singgah Bazar Ramadan pun tak larat, kami ingat nak buka puasa di hotel jer la. Tapi tapi tapi... tak dapat ya. Tiga empat hotel di JB yang Sk cuba buat tempahan semua dah penuh. Lagi pulak masa tu hujung minggu, memang terpaksalah pergi Bazar Ramadan juga bungkus makanan. Aduh, menyesal tak booking awal-awal.


Aaaa.. siapa-siapa yang ada plan nak berbuka puasa di hotel tahun ni, ingat tu, jangan jadi macam Sk, booking last minute. Merayulah macam mana pun, memang tak dapat laaa. Uols tahu tak, booking awal buffet Ramadan ni sangat menjimatkan tau, harga dia berbeza dengan kita datang terjah macam tu aje. Sekarang ni pun, hotel-hotel di JB dah mula rancak promo harga Early Bird yang mana harganya sangatlah berbaloi. Macam yang ditawarkan oleh Thistle Johor Bahru. Nak tahu? Meh baca sampai habis.




Bermula 22 Januari sehingga 28 Februari 2025, anda boleh mendapatkan harga early bird Ramadan Buffet di Thistle Johor Bahru dengan harga RM118 bersih untuk dewasa dan RM78 bersih untuk kanak-kanak dan boleh menikmati keenakan masakan Nostalgia Selera Kampung termasuk barbeque, live station, kuih-muih tradisi dan moden, durians dan baaaaanyak lagi. Jom kita ronda-ronda tengok masakan pilihan chef berpengalaman di Thistle Johor Bahru.


FROM THE CARVING STALL & STALL KAKI LIMA

Roasted Whole Lamb

Smoked Briyani Rice


Kari Tulang Kambing


BBQ Beef Short Ribs Stall with BBQ and Mushroom Sauce.



Local Fish - Ikan Cencaru & Ikan Pari cecah Air Assam & Chili Kicap


TRADITIONAL SATAY CORNER

Assorted Beef & Chicken Satay dihidang bersama ketupat nasi, timun, bawang dan kuah kacang


SOUP STALL




Soup Gear Box dihidang bersama mi atau roti serta sambal kicap dan sambal cili


SELERA UTAMA DESA STALL

Gulai Daging Salai dan Pisang Muda


Kari Kambing Dalca


Ayam Opor Maharaja


Nangka Masak Lemak


Pajeri Nenas


Ikan Fillet Tiga Rasa


Butter Prawn with Nestum


Sambal Paru dan Limpa


Gulai Lemak Itik Salai


Ayam Gulai Kerutuk


Rendang Tok



Stir Fried Lamb with Ginger



SAMPAN SINGGAHSANA

Pisang Goreng, Keledek Goreng, Ubi Goreng & Durian Gorengssssss!


Pelbagai jenis cucur



LEMANG CORNER STALL


Ketupat Palas & Serunding Ayam


Lemang & Serunding Daging


SAMBAL CORNER



FRUIT STALL



ASSORTED ICE CREAM & CONDIMENTS



FRESH GARDEN DESSERT


Durian Kampung Kahwin Dua



SWEET TEMPTATIONS STALL










BUBUR STALL

Pelbagai jenis pengat dan bubur manis


HOT DESSERTS

Egyption Umm Ali Bread Pudding


FRENCH PASTRIES

Slice Cakes


KUIH RAYA ANEKA JENIS

Tart Nenas Traditional


Biskut Raya Coklat


BEVERAGES



Pilihan minuman jus, kordial dan Teh Tarik!


Mari Mari Mari segera buat tempahan berbuka puasa Ramadan nanti

🌙✨ NOSTALGIA SELERA KAMPUNG RAMADAN BUFFET @ THISTLE JOHOR BAHRU ✨🌙


📅 3 March 2025 - 29 March 2025
🕡 6:30 PM - 10:00 PM
📍 Orchid Ballroom, Thistle Johor Bahru

💥 EARLY BIRD PRICE (Purchase Date : 22 Jan - 28 Feb 2025)
✨ RM118 nett (Adult) | RM78 nett (Child)

💰 NORMAL PRICE
✨ RM138 nett (Adult) | RM88 nett (Child)

🎁 Special Offer: Buy 10 Adult vouchers, get 1 FREE! (Normal price vouchers only)

✨ Enjoy daily LIVE entertainment, giveaway sessions, and fun games! 🎶🎁
🌙 Prayer Room facilities provided
🚗 Free parking available
📢 3 days advance booking required.

Grab our Early Bird vouchers and reserve your seats now!
📞 07-267 8999
📱 +6012-789 2092 | https://wa.link/ndhnsj

#ThistleJohorBahru #ResortInTheCity #NostalgiaSeleraKampung #RamadanBuffet #IftarFeast #RamadanDelights #DurianLovers #FreshDurian

Post a Comment

5Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. dah start promosi....buah durian pun ada...

    ReplyDelete
  2. musim untuk blogger penuhi jemputan buffet Ramadan dah bermula kan SK, kak ana belum ada lagi untuk tahun ni hehe :)

    ReplyDelete
  3. Mujurlah tak up time puasa, kalau tak telan ailioq la tgk makanan sedap² gini hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!