COCONUT SHAKE KLEBANG VS COCONUT SHAKE ALAI

Seri Kandi Tanah Jauhar
6

 Assalamualaikum WBT 




MACAM tak lengkap rasanya datang Melaka jika tak ke Coconut Shake Klebang. Jadi, petang haripertama di Melaka, Sk ajak PI ke sana. Esok, boleh jjcm tempat lain pulak. Dah terbayang nak makan mee goreng bungkus dengan pelbagai kuih tapi tengok-tengok cuma nasi lemak yang ada. Kuih-kuih tak ada sangat, tapi kuih cara berlauk kegemaran ada, yay! PI pulak nak minum air kelapa sampai dua, coconut shake pun nak jugak. Untuk Sk cuma secawan coconut shake tapi masa ambil di kaunter, kecewa betul tengok mereka dah tak gunakan cawan kaca tapi cawan plastik pakai buang. Tu takpa, aisnya kasar dan ada berserdak dari kulit tempurung kelapa. Terus Sk cakap, PI agar berkongsi aje coconut shake tu dan take away ajelah lagi secawan tu.




Lusanya dalam perjalanan balik, kami singgah pula ke Coconut Shake Alai. Memang biasanya begitulah setiap kali balik Johor kan akan ikut jalan kampung (Merlimau - Muar), jadi CSA ni port wajib singgah jugak.





Nasi lemak is wajib, hahaha.




PI pesan air kelapa original, nahhhhh.. gedabak gelas dia. Memang bosnya tuang terus air kelapa dari sebiji buah kelapa tu. 




Coconut Shake. Cuak jugak SK kalau CSA pun tukar pada cawan plastik pakai buang (take away). Puas hati dengan CS dia, halus, mulus, lemak, manis. Macam ni la baru jaga kualiti dan hati pelanggan. Tahniah CSA kerana masih menggunakan cawan kaca untuk dihidangkan pada pelanggan yang dine in.




Biasa macam ni la, kedai baru buka kami dah sampai, hehehe.

Post a Comment

6Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Oooo...ada port best...boleh la terjah nanti....nasi lemak tu nampak sedap la

    ReplyDelete
  2. Menarik nampak nasi lemak tu, pekat elok sambalnya.

    ReplyDelete
  3. nasi lemak coconut shake klebang tu fav sgt...dlu2 slalu la repeat bila outstation melaka...lama btul tk pegi melaka

    ReplyDelete
  4. Pegi kelebang tak kena coconut shake memang kira dosa lah

    ReplyDelete
  5. Lama tak pergi Alai...Klebang sampai juga last year.
    CS dekat CSA tu mmg nampak halus mulus 👍🏻

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!