Assalamualaikum WBT
PENUTUP tahun 2024 dan sempena hari lahir Aida dan Shida yang jatuh pada bulan Disember, kami raikan sama-sama di Restoran Resepi Rahsia aka Secret Recipe cawangan Larkin yang berdekatan office. Madi cuba buat tempahan meja tapi panggilan tak diangkat, sudahnya kami walk in, mujur ada ruang untuk cantumkan meja.
Kami pernah ke sini bagi meraikan hari lahir Kak Imah, Hajjah Ina dan Sk sendiri bulan Mei tahun lepas.
Hazelnut Chocolate Cake yang viral.
Ambil pic air sedap member.
Kak Imah punya Fish & Chips
Butter Chicken Shida
Carribean Chicken untuk Tuan Tanah Kedaung iaitu Chicken Chop bersama sos pesto. tapi, sos tu hujung-hujungnya berminyak dan muak, Sk makan dengan chili sos.
Happy Birthday baby Disember, Aida & Shida.
Saat Manis Bersama di Secret Recipe. Sk suka SR sini, presentation dan servis mantap!
Ina bawa bekal nasi jadi dia cuma pesan Chicken Salad. Nahhh.. amek, sepinggan besar salad, hahaha. Tu jerlah pic makanan yang dapat diambil, hehehe.
Aida berbaju hijau tudung hitam, Shida tudung ungu. Bulan disember ni juga, bulan terakhir Shida berkhidmat. Semoga Shida bahagia dengan keputusan yang diambilnya untuk mengundur diri dari syarikat.
Alhamdulillah.
bestnya makan kek...lama plak rasanya x makan kek..
ReplyDelete