SARAPAN DI PASAR LARKIN

Seri Kandi Tanah Jauhar
3

 Assalamualaikum WBT 


PAGI ni rajin sungguh laki bini keluar sampai ke Pasar Larkin. Pasar Larkin dari rumah kami kira-kira setengah jam perjalanan. Sengaja tak ikut lebuhraya Perling, ikut jalan biasa melalui Jalan Pontian - Skudai, kereta tak banyak sebab masih pagi lagi dan hari cuti, kan. Jalan Skudai depan Paradigm Mall pun masih lengang lagi, kalau tidakkk...




Sebab ke Pasar Larkin tu, Pak Inche nak makan apom di Gerai Makanan India Muslim ni la. Hari tu, PI datang sini ada program memanah bersama Media Johor di Pusat Memanah yang baru buka kat Larkin Sentral, tu yang dia baru tahu wujudnya gerai ni. Pusat Memanah tu depan jer dengan Medan Selera. Seingat Sk kami pernah sekali la dulu datang medan selera di sini, tapi sebab kebanyakan gerai yang ada menjual makanan sarapan berat, tu yang tak de nak datang lagi. PI kan tak berapa makan berat pagi-pagi, kalau makanan India, lain la kan.




Luas medan selera ni, kebanyakannya menjual makanan tradisi Johor seperti soto, mee rebus, nasi ambang dan lontong. Ada jugak roti canai dan gerai nasi campur. Boleh beli di mana-mana gerai dan duduk di mana-mana. Kalau gerai makanan jauh dari meja kenalah layan diri,  ambil sendiri makanan terus dan bawa ke meja.




Dua kali Sk pusing cari makanan yang berkenan di hati. Memang dah aim nak makan Lontong Kering. Minggu ni dua kali Sk makan Lontong Kering. Hari tu beli Lontong Kering juga di kantin makan dengan Ayam Goreng Berempah. Kali ni Sk pilih Rendang Ayam. Di gerai yang sama, Sk ambilkan nasi lemak daun pisang sebungkus untuk PI. PI makan nasi lemak dulu sementara tunggu apom siap. Sedap nasi lemak dia, puji PI. Sk rasa sikit, memang sedap! RM2.50 telur sebelah.




Lontong Kering lengkap dengan sambal tumis, sambal kacang dan serunding kelapa. Sambal goreng dia pun sedap tapi aisehmannn.. lupa pulak Sk minta letakkan sambal kicap sekali. Nak pergi minta jauh pulak gerainya kat hujung sebelah sana. Harga Lontong, RM8.




Ngam nasi lemak PI nak habis, apom pun dihantar ke meja. Apom dia besar, satu set ni RM4. Tak kurang jugak sedapnya dengan Ashoka, lain kali makan sini aje, leceh kat Ashoka tu susah nak parking. Medan Selera ni di aras tiga, lepas makan kami ke pasar la di aras bawah. Nasiblah ada eskelator, heheheh. Seronok pulak pergi sini rasa nak datang tiap minggu, pakkal jer jauh dengan rumah.

Post a Comment

3Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Lontong kering tu menarik sungguh....

    ReplyDelete
  2. Canggih pasar depa ada escalator 😁
    PH pun berkenanlah dgn apom tu. Nampak sedap.

    ReplyDelete
  3. Wha! Ni dekat pasar besar Larkin tu ye?
    Uncle pernah sekolah agama kat Kampung Kastam kat situ

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!