Assalamualaikum WBT
HARI Sabtu, masa sarapan di Medan Selera Pasar Larkin, bincang dengan Pak Inche, nak masak apa untuk lunch? PI cadangkan masak nasi ayam. Jadi, lepas sarapan, terus turun ke pasar, beli sikit udang dan sotong, kami beli sekali la salad, timun dan tomato untuk nasi ayam. Ayamnya dah ada stok kat rumah, kirim dengan Cik Ani yang pergi Jualan Kasih FAMA sempena Chinese New Year. Jualan tu buat dekat Dewan Taman Bukit Indah, dewan ni sebelah aje dengan sekolah Cik Ani. Kesian, Cik Ani, sampai tua kena pergi sekolah, hahaha.
Sk masak nasi ayam resipinya ringkas ajelah, semua jenis rebus rebus rebus dan campak campak campak, aaa.. shiap! Puas hati masak nasi ayam sendiri, boleh makan bertambah-tambah. Yang utamanya, ayam tu la, kena rebus dulu, dah siap rebus baru boleh sediakan condiments untuk nasi ayam. Sk rebus ayam dalam pressure cooker guna mode HP 18. Lepas siap rebus, ayam tu keluarkan masuk dalam bekas dan gunakan air rebusan untuk masak nasi, buat sambal cili dan kicap ayam serta buat sup. Banyak kali jugak kongsi cara Sk masak nasi ayam, ni Sk kongsi lagilah. Sharing is caring, gituh!
Nasi Ayam Hainan Sk
Bahan-bahan dan Cara Memasak:
1/2 ekor ayam (potong dua)
3" halia
Kaki dan leher ayam (jika ada)
Masukkan ayam dan halia dalam periuk kemudian masukkan air secukupnya. Jika nak sup banyak lebihkan air, jika tak nak sup banyak, letak air lebih sedikit aje dari paras ayam. Tidak perlu masukkan garam. Rebus selama 20 minit (jika rebus atas api). Selesai merebus, keluarkan ayam, masuk dalam bekas lain. (Sk skip rendam dalam air ais)
Nasinya masak macam masak nasi putih tapi guna air rebusan ayam. Untuk menambah aroma nasi ayam, masukkan halia (boleh ambil dari air rebusan), bawang merah dimayang, bawang putih diketuk, bahagian bawah pokok daun bawang, garam dan ajinomoto.
Nasi Ayam
2 1/2 pot beras
3 ulas bawang merah dimayang
2 ulas bawang putih dicincang
1" halia
1 kulit kayu manis
Air rebusan ayam (sukat guna pot beras 2 1/2 pot)
Garam
Sedikit ajinomoto
Masak dalam rice cooker. Taburkan daun bawang semasa dihidang.
Kicap Ayam
1 senduk air rebusan ayam
3 sudu kicap cair
1/2 sudu kicap pekat
1 sudu sos tiram
1 sudu madu
Kacau rata, kemudian tuang atas ayam yang dah direbus.
Bahan hiasan dan sayuran - Salad, timun dan tomato, susun dalam pinggan. Ayam ditoskan dari kicap, kicap diasingkan masuk mangkuk lain. Ayam dipotong letak atas pinggan salad.
Sambal Cili
7 tangkai lada hidup (merah)
1" halia
5 ulas bawang putih
1 sudu cuka
Jus dari sebiji limau nipis
Garam secukupnya
3 sudu gula pasir
3 senduk air rebusan ayam (air biasa pun boleh)
Kisar halus lada, halia dan bawang putih. Kemudian masak atas api dengan air hingga mendidih. Masukkan garam, gula, cuka dan jus limau nipis, renihkan sebentar.
Sup
Untuk sup, cuma tambahkan garam dan taburkan daun sup semasa menghidang.
Malam tu pun makan Nasi Ayam jugak, licinnn tinggal tulang jer ayamnya, hahaha.
masak nas ayam sendiri baru puas nak makan kan.
ReplyDeleteNampak sedapnyer
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
Lapar tengok nasi ayam ni. Paling mudah kalau tak ada idea nak masak, memang masak nasi ayam sahaja
ReplyDeleteboleh test resepi ni soon sbb esok cutiii
ReplyDelete2-3 hari ni mmg dok fikir nak buat nasi ayam juga. Harapnya menjadi la bila tengok nasi ayam Hainan SK ni
ReplyDeleteMemang suka nasi ayam ni. Menyelerakan dan sedap!
ReplyDeleteWanginya nasi ayam hainan sampai LD!
ReplyDeleteSup ceker tu suruhlah mambang hantar semangkuk ke sini.