Assalamualaikum WBT
HARI yang masak Sotong Masak Hitam tu, masak jugak Udang Lemak Cili Api. Sebabnya, Iman kan tak makan lauk Sotong Hitam atau Sotong Kicap. Jadi, kita masakkan lauk lain la yang Iman suka dan dia yang minta udang tu dimasak lemak cili api. Sk masak ni hari Jumaat, balik kerja tu singgah kedai beli cili api dengan santan kotak sebab dah habis, hehehe. Alang-alang dah sampai kedai, kita beli kacang buncis jugak, boleh campak dalam masak lemak. Kalau selalunya Sk letak daun limau purut, kali ni Sk letak daun kunyit, terlanjur dah sampai kedai, belilah sekali. Pokok kunyit memang tak ada tanam kat rumah, yang Kak Imah tanam kat kolej macam dah tak nampak bayang pulak, hihi.
Rindunya nak masak-masak kat dapur.. lama Lin tak masak, sebab bizi kat luar aja, Suami pun balik lambat, so takde sapa nak makan. Lauk banyak dalam freezer, tengok akak masak terliur Lin
ReplyDeleteBaru je buat masak lemak udang minggu lepas.
ReplyDeleteLawan dengan ikan masin jeruk yummy!
sedapnyaaaa msk lemakkk
ReplyDeletekalau ada ikan goreng ni kompem bertambah nasi👍👍
Lauk kita semalam pun udang masak lemak cili api la SK. Tapi versi beli hihi...
ReplyDeleteJumpa ayat 'terlanjur dah sampai kedai'
ReplyDeleteSedapnya! Saya kalau udang masak lemak, saya masuk sayur kobis. Tak pernah cuba masuk kacang buncis. Lain kali, boleh try. :)
ReplyDeleteAkhirnyaaa ada resep mask lemak Cili api 😍😍😍. Saya sukaa menu ini, tp susah nak cari resep yg trusted .Kalo baca dari teman blogger begini, yg pandai masak pula, jadi yakin nak buat 😄
ReplyDelete