MASAK ASAM PEDAS IKAN MERAH & IKAN SENANGIN GORENG

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum WBT 


MALAM tadi tunaikan hajat anak tekak PI nak makan Ikan Senangin Goreng macam kat Restoran Asam Pedas Botak. Dulu-dulu, masa Iman masih kecik, PI pernah bawa Sk makan di Asam Pedas Botak paling kurang dua kali. APB ni terkenal di kalangan VVIP termasuklah Sultan Johor dan keluarganya. Cuma Sk kurang gemar makan kat situ, lama-lama kami pun tak pergi dah sehinggalah APB viral baru-baru ni, kan. Tu la tu agaknya PI terkenang ikan senangin goreng dia, hehehe. Ikan senangin ni yang PI beli kat Pasar Borong Pontian minggu lepas.




Dah tu, takkan nak makan ikan senangin goreng saja-saja, kan. Kuahnya apa? Kalau nak sama dengan APB, kenalah masak asam pedas. Masa cuti ganti hari isnin tu, Sk dah kisar lada kering siap, tu yang terrajin nak masak asam pedas. Tapi cili giling semata la, sebab bawang tinggal sebiji, hehe. Semalam balik kerja baru beli bawang, jadi bawangnya kisar asing. Mulanya Sk nak buat Asam Pedas Ikan Senangin tapi teringat ada dua keping ikan merah yang PI beli dekat Pasar Tani dengan Iman masa Iman cuti semester, dah lama giler tuuuu, jadi Sk masaklah Asam Pedas Ikan Merah, sebab sayangkan ikan merahnya dah lama simpan, nanti hilang rasa ikannya pulak.




PI frust sebab orang pasar tu pergi potong ikan senangin dia. PI kata kalau kat APB, ikannya digoreng seekor-seekor panjang, entah.. Sk pun dah tak ingat. Sk tak tahulah berapa panjang ikan senangin PI beli ni, tapi PI letak dalam dua bekas berasingan. Bekas yang Sk defrost ni, ada sebelah bahagian kepala, tiga keping badan dan sekeping bahagian ekor. Sk perap semua dengan garam kunyit dan goreng dua keping sahaja.




Sayur Sawi Pak Choy goreng sos tiram. Sk letak sos tiram aje, garam tak letak. Memang biasa macam tu jer goreng sayur sawi atau kailan.




Tumbuk sambal belacan jugak untuk makan dengan timun.




Lengkap hidangan makan malam kami semalam.




Balik kerja singgah kedai sebab nak beli bawang, terlanjur tu belilah sekali bendi dan tomato supaya sedap sikit asam pedas kita. 




Sk suka betul kalau dapat beli bawang jenis macam ni.




Tak besar sangat, tak kecik sangat.




Bendi 7 batang jer beli.




Tomato dua biji.




Sawi Pak Choy sebungkus ni banyak juga untuk dua orang makan.




Lada hidup beli tiga biji jer, hehee.




Cili padi kena campur dalam sambal belacan, bagi pedas.




Beli timun satu untuk ulam. Memang semua beli sikit-sikit sebab tahulah, bukan rajin nak masak hari-hari, sekali...

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v





PI pun balik kerja singgah kedai beli bawang daaaaaaaa. Dah jadi banyak pulak bawangnya. Kenalah masak hari-hari nanti bawang tumbuh daunnnn, huhuhu.

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Kiter pun suka bawang jenis tu SK...dapnya plak tengok asam pedas ikan merah...hari ni PZ mintak buatkan sambal terung macam arwah mak pah buat...seram nak masak ni..harap2 kena la citarasa dia...

    ReplyDelete
  2. Dlm peti ada ikan senangin gak ni, dok plan nak buat asam pedas juga :)
    Segar² sayurnya, best!

    ReplyDelete
  3. Lin suka beli ikan senangin Kak tapi tak pernag goreng, biasa masak lemak belimbing, hrtu beli agak besar, nanti nak trylah goreng ..

    ReplyDelete
  4. Hahaha... elok juga bawang tumbuh, bolehlah gunakan daun bawangnya!

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!