Assalamualaikum WBT
RABU lepas, Sk dan Pak Inche memenuhi jemputan preview buffet Ramadan yang bertema Nostalgia Selera Kampung dari Mr Joshua yang merupakan Marcom Manager di Thistle Johor Bahru Hotel. Lama tak pergi jemputan preview, terasa janggal pulak. Akhir tahun lepas ada beberapa jemputan yang terpaksa Sk tolak kerana berada di luar kawasan.
Datang sama-sama dengan PI tapi berasingan kereta kerana kami bergerak dari pejabat masing-masing. Sk tunggu PI di depan Goreng Pisang Mawar yang berhampiran Thistle, kemudian barulah kami bergerak ke Thistledan letak kereta di medan letak kereta aras bawah.
Suasana ketika preview yang diadakan di Glass Restaurant. Kelihatan para blogger dan pempengaruh sedang sibuk mengambil gambar dan video.
Rakan blogger makan-makan, dari kiri Suzie, Tricia, dan di sebelah Sk, Nona. Di hadapan kanan, Mia, Sis Lin dan Hernee.
Pilihan makanan Sk malam tu, Nasi Biryani, Kari Kambing (Lambshank), Ayam Bakar Tempayan, Ribs dan Kambing Panggang. Alang-alang kita selitlah sekali sekor cencaru bakar dalam pinggan, malas nak bangun ulang-ulang, hahaha. Semua makanan yang dalam pinggan ni sedap ya, dari nasi biryani, kari kambing dan ribs derta kambing panggang tu semua empuk dikunyah oleh remaja purba ni. Paling sedap, Ayam Bakar Tempayan dia, berasa rempahnya, Sk lupa snap pic ayam dalam tempayan, ambil video aje.
Sampai habis ambil video kambing tu, lupa nak tukar mode photo untuk ambil gambar ayam tempayan. Tempayan dia besar betul, teringat dulu kecik-kecik kalau balik kampung rumah nek ayah, mandi air tempayan besar macam ni, sejukkkkkkkkkkk menggil dibuatnya.
Nampak menimbun tu sebab ada daging bawah nasi. Sk ambil nasi dua sudu je (tipu).
Ambil puding lumut sepotong, lopes sekeping dan kuih bom seketul. Lepas tu ambil kuih tart nenas dan kek lapis bawa balik, perangai mak-mak sangat kau ni, Sk!
Duriannnnnsss! Boleh ambil sorang sepiring, lepas makan, Sk kira biji dia semua sekali ada 7 ulas. Ni kalau PI tak 'kebab' satu, mesti dapat makan 8 ulas. Padahal dia pun ada durian dia tu, hahahaha.
lama tk mkn lamb shank...yummyyy.....siap ada durian juga tu...suka la sape penggemas durian
ReplyDeleteHebat buffet sekarang..siap ada durian tu yang x bleh tahan...tahun baru ni blom makan durian lagi ni...
ReplyDeleteLamb Shank tu Saya amik kuahnya aja sebab dah amik gearbox, takut senoneng pulak makan kambing banyak, tapi memang sedap Kak.. semua makanan sedap-sedap ..
ReplyDelete