Assalamualaikum WBT
ALHAMDULILLAH.. bersemangat pulak rasa bekerja Jumaat pertama hari ini selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, mengembalikan cuti hujung minggu ke hari Sabtu dan Ahad atas perkenan Sultan Johor. Semangat tu sebab hari Ahad, dapat dah bercuti rehat sama-sama dengan Pak Inche, selain hari Sabtu. Lagi best, hari Isnin ni dapat cuti ganti kerana minggu ni kami bekerja 6 hari dari Ahad hingga Jumaat. Kira adillah tu, minggu depan kerja 4 hari sahaja.
Hari ahad lepas, PI punyalah rajin pergi ke Pasar Borong Pontian. Saja-saja, katanya. Taman perumahan kami bersempadan dengan daerah Pontian, nak ke PBP ni dalam 30 minit gitu kalau tak jammed kat Pekan Nanas laa.
Tak lama lagi nak Raya Cina kan. Udang RM140/kilogram. Sk suruh PI beli 4 ekor, tapi dia ingat Sk gurau.
Lobster, tak silap ni RM220/ kilogram. Ni kalau beli, mahu kepalanya Sk blend, masak ala-ala shark fin soup, baru berbaloi.
Pak Inche beli ikan senangin dan ikan merah. Ikan merah tu saiz kecik, tengok kat gambar lobster tu. Udang kena tunggu lepas raya cina la baru beli. Nak tahu tak kenapa seafood jadi mahal bila nak raya cina? Menurut seorang tauke ikan di Pasar Pontian, dulu la, masa tu Sk ikut ke pasar, dia beritahu, orang cina percaya makanan laut yang bersaiz besar seperti ikan kerapu, ikan merah, bawal putih dan udang ni kalau dimakan menjelang tahun baru, nanti ada tuah. Sebab tu jadi mahal. Ikan merah yang PI beli ni saiz kecik, tu tak mahal sangat tapi PI kata, ikan merah yang besar-besar bas, RM120/kilogram. Tu tak apa, kena beli seekor terus. Dia tak jual potong-potong.
Tak tahan agaknya nak makan ikan merah yang dibeli tu, PI minta masakkan semalam. Sk masakkan karilah yang senang. Itu pun karinya togel jer tak letak bendi dan tomato, ikan semata. Ingatkan balik semalam nak singgah kedai dulu tapi jammed rabak, pukul 6.12pm masih ada kat atas jalanraya, mana nak singgah kedainya?
Sk dah lama masak kari tak letak santan. Bukan pasal apa, sayang kadang santan guna sikit aje, lepas tu lama tak masak, santan nya dah tak elok. Selalu lupa nak simpan dekat freezer. Hari tu tengok ada seseorang share kalau nak lagi sedap, letak santan selepas rempah kari pecah minyak, Sk buat macam tu la. Sk guna setengah kotak santan kara yang kotak kecik segitiga tu. Memang jadi elok kuah kari dan sedap. PI pun kata sedap, tahulah dia tu kan cerewet pasal kari ni. Eh, tapi, berani ke PI nak kata tak sedap? Hahaha.
Resepi Kari Ikan Merah
Bahan-bahan:
Ikan merah dipotong
1 biji bawang besar dimayang
1" halia hiris
Rempah 4 sekawan
Rempah tumis
2 tangkai daun kari
3 sudu rempah kari ikan
50ml santan kotak
Air secukupnya
Garam
Ajinomoto
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak masak.
2. Tumis bawang, halia, rempah empat sekawan dan rempah tumis hingga wangi. Masukkan daun kari.
3. Masukkan rempah kari ikan dan sedikit air, kacau sekejap, tambah sedikit lagi air, kacau hingga terbit minyak. Ulang beberapa kali.
4. Apabila rempah sudah sebati, masukkan santan dan tambah lagi sedikit air. Biarkan sehingga terbit minyak lagi sekali, kacau selalu supaya tidak hangus dasarnya.
5. Bila dah terbit minyak, tambah air secukupnya, kemudian masukkan ikan. Biar mendidih dan ikan masak sambil dikacau perlahan.
6. Letak garam secukupnya dan ajinomoto, kacau sekejap, siap!
Ikan goreng wajiblah ada. Sk masak ikan ni sebenarnya dua ekor, sekor tu potong tiga bahagian. Dua keping Sk perap dengan garam kunyit, lagi empat keping Sk masak kari. Jadinya, malam tadi Sk goreng sekeping aje ikan dan ada bakinya sekeping lagi kita goreng malam ni la. Kari ikan pun berbaki dua keping. Sk kan memang suka masak untuk dua kali makan, hahaha.
Mujur ada lada merah tiga biji dalam peti sejuk. Dah layu ladanya tapi bolehlah nak buat sambal belacan. Sk tambah 11 biji cili padi hijau. Arwah ibu cakap, petua nak bagi sambal belacan sedap kena letak bilangan ganjil. Letak belacan bakar sebesar ibu jari dan sedikit ajinomoto, tumbuk sampai lumat. Yesss, guna lesung batu pasal tak jumpa penutup chopper Sk, Mana tah perginya, merajuk la tu lama tak guna, hahahah.
PI goreng papadom jugak. Tapi sebenarnya kalau ada sambal belacan, tak perlu pun ada papadom tu. Begitu juga sebaliknya sebab dua benda tu macam tak sesuai bergandingan. Satu lagi, papadom lagi sedap makan dengan kari ayam. Itu kat tekak Sk la, lain orang, lain kesukaannya.. tak gituuuuu?
fav kari kepala ikan merah...smlm br MIL masak menu ni utk berbuka puasa
ReplyDeleteSaya balik Pontian sesekali je, jadinya sangat jarang ke pasar borong tu.
ReplyDeleteSaya pun ada masalah santan rosak macam Sk, tapi sekarang dah senang sejak ada santan Kara pek kecil 65ml.
Selamat kembali bercuti Sabtu Ahad Sk 😀
kalau camtu time raya cina kita kena cari ikan direct yg turun dari laut dan tak lalu peniaga cina. bab santan tu ammi pun sekarang dah mula beli santan yg 3 segi tu sbb selalu je pakai separuh pastu simpan separuh dalam freezer. masalahnya bila nak guna lagi, kita lupa yg dalam freezer pergilah buka yg baru. masalah betul org yg pelupa sebelum usia ni
ReplyDeleteEsok nak pi Pasar la cari kepala ikan buat kari...dap ni...
ReplyDeleteMau bertambah makan ada lak sambal belacan tu kak oi.... yelah skrg semua mahal lagi kan seafood. RIndunya pontian, kenapa la masa balik kampun aritu tak jenguk kawan-kawan yang duduk johor huhuhu
ReplyDelete