SAHUR MANGKUK TINGKAT

 Assalamualaikum...

FEFEELING ada room service ka?

Terima kasih penaja sahur kami pagi ini...syukurrrr Alhamdulillah


TER-POST pulak .. hihi..

EDIT :

PETANG semalam, Pak Inche call bagitahu ada syarikat korporat hantar lauk untuk berbuka. Pak Inche pulak ada majlis berbuka puasa. Kalau dekat, Sk dah pergi ambil tapi jauh la pulak, harap laaa jangan sampai basi makanannya. Bila Pak Inche sampai, tengok, banyaknyaaaa.. nasi putih, nasi beriyani (kot.. sebab tak buka lagi), rendang daging, ayam balado, sayur kacang panjang, udang paprik, kerabu daging, ulam dan sambal belacan. Ada jugak kuah kari atau dalca rasanya, tu pun belum buka lagi bekasnya.


Jadi, pagi ni Sk panaskan sayur kacang, udang paprik dan ayam balado. Kerabu daging dan ulam tu Ahamdulillah, masih elok lagi. Semua sedap-sedap, tengok mangkuk tingkat ni order dari Jen Hotel Puteri Habour, lawoooo dan sedap masakannya.


Udang paprik, dah wassalammm... ratah ajelah udangnya tak larat makan kacangnya banyak beno.


Kerabu daging yang sangat sedap. Nak kena cari resepinya ni sebab dua beranak tu suka sangat.


Ayam Balado empat ketul, pun sedap sangat. Ayamnya empuk betul, tak nampak pulak macam digoreng dulu, mungkin guna pressure cooker kot, hihi.





Post a Comment

6 Comments

  1. Cam feeling plak tengok sahur dalam mangkuk tingkat.Nak buat jugak lah( tunggu penaja takntahu bila)kena buat sendiri ni🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  2. makan buah time sahur, healthy !

    ReplyDelete
  3. Dari mangkuk tingkatnya sampai isinya menarik perhatian PC sungguh.

    ReplyDelete
  4. Mangkuk tingkat tu cantik..bestnya sahur pun di taja ni...

    ReplyDelete
  5. Haritu mangkuk tingkat di hotel, kalini di rumah. Makanan punnnn sedappp sedapppp.

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih