Assalamualaikum...
DISEBABKAN larangan merentas negeri, maknanya tidaklah kami sekeluarga dapat beraya di kampung halaman Pak Inche pada tahun ini. Sejak 20 tahun kahwin, setiap tahun kami akan balik beraya cuma mengikut giliran raya pertama sahaja. Kalau giliran tahun itu raya pertama di Johor, kami akan balik ke Kuala Ketil pada hari raya kedua. Tapi kalau giliran raya pertama di Kuala Ketil, kami akan balik ke sana dua tiga hari sebelum raya dan balik semula ke Johor pada hari raya ketiga atau keempat bergantung kepada berapa hari permohonan cuti diluluskan.
Kerana tidak dapat merentas negeri, Pak Inche meminta Sk agar menempah kuah Laksa Penang dengan Tini, anak mami yang kini bermastautin di Pekan Nanas. Tini ni dulu satu pejabat dengan Sk tapi sekarang kedua-dua kami dipisahkan oleh kolej yang berlainan. Walaupun dah beberapa kali ambil resepi kuah laksa dengan Tini, baru sekali jer Sk masak sendiri selebihnya selalu Sk akan minta Tini masakkan, haha. Tu takpa, setiap kali tu jugak, Tini tak mahu wang.. maklumlah orang kayo.. hahaha.
Jadi, berbalik kisah nak tempah laksa dengan Tini, tiberrrrr.. tak boleh merentas daerah. Sk dan Tini tinggal bersempadan daerah jer, jadi Sk beritahu Tini, nanti lepas PKP, jika dah boleh merentas, Sk nak jugak tempah kuah laksa tu. Tup tup, malam sebelum PKP bagi daerah Johor Bahru, pukul 11 malam,Tini whatsapp beritahu abangnya dari Penang datang nak ambil anak di UTM, kebetulan Tini buat laksa banyak, nanti abangnya akan hantar ke rumah Sk. Ko rasa??
Raya nak buat laksa la...sedapnyaaaa....
ReplyDeleteKira sahur awal la Sk, boleh sambung tidur terus lepas tu hahaha
ReplyDeleteSedapnya. Bahagia kalau dapat hirup kuah laksa ni. Ya Allah.
ReplyDeleteAlhamdulillah...kalau dh rezeki kan...
ReplyDelete
ReplyDeletepoker online dengan pelayanan CS yang baik dan ramah hanya di AJOQQ :D
ayo di kunjungi agen AJOQQ :D
WA;+855969190856