NASI AMBENG 22 PUASA

Seri Kandi Tanah Jauhar
4

 Assalamualaikum...

BAGAIKAN tradisi setiap tahun kecuali tahun lalu, berbuka Nasi Ambeng di minggu pertama puasa adalah wajib. Paling kerap berbuka dengan nasi ambeng ketika Iman masih sekolah rendah dan bersekolah agama sesi petang. Mana tidaknya, habis sekolah agama jam 6.30 petang. Masa tu, Sk balik kerja jam 4 dan Pak Inche balik jam 5 dan kami berkongsi kereta. Menunggu jam 6.30 tu memang kami akan mencari makanan untuk berbuka dan biasanya Sk memilih nasi ambeng aje.. senang dan kenyang, huhu.

Nak masak? Idok ler.. dah ambil Iman pukul 6.30, pukul berapa pulak nak sampai rumah dan memasak. Masa tu dah biasa berbuka dalam kereta. Memang akan beli kuih siap-siap. Rasa nak terbekik jugak sebab kena tunggu sampai rumah baru dapat minum air. Tambah dengan jalan sesaknya kan.. kalau ingat memang pahit jer kenangannya, hahaha. 


Dalam peti ais ada ketam empat ekor yang sengaja Sk tak masak habiskan masa masak Ketam Bercili tu. Ingatkan suruh Iman rendam untuk dimasak lemak cili api. Eh, kita kan penggemor masak lomak kalah orang nogori, haha. Tapi, masa nak balik, baru tahu pelajar kursus penyediaan makanan ada buat jualan nasi ambeng. Sk pun ajak Fidah tengok kot lah ada lagi nasi ambeng lebih (sebab kena tempah dulu). Memang ada lebih, terus tapau dua bungkus sebab Pak Inche masa tu ada majlis berbuka puasa. Sebab ada nasi ambeng, tak jadi masak lemak ketam tapi buat goreng kunyit. Itu pun masuk dalam airfryer, huhu.

Sebab Iman suka kuih talam dan babahnya yang selalu beli, jadi Sk singgahlah satu gerai yang jual kuih-muih yang bukan dalam pasar ramadhan. Wah, rekod betul tahun ni sekali pun belum ke pasar ramadhan. Bukan rasa good-good atau nak tuduh pasar ramadhan ada virus covid 19 tapi memang Sk sendiri yang malas. Sebab Sk kalau pergi pasar ramadhan takut nanti jadi lebih kemaruk dari Pak Inche, nanti semua rasa nak beli, kahhhhhh!

Post a Comment

4Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Ya ampun,kenapa la anak tekak ni meronta-ronta bila nampak nasi ambeng ni...Sabar-sabar,tunggu anak bongsu balik minggu depan,nak buat jugak la...hihihihi

    ReplyDelete
  2. Tetiba rindu aroma nasi ambeng bungkus daun pisang. Bila dibuka bungkusan terbit aroma serondeng kelapa dan sambal goreng yang sangat sedap!

    ReplyDelete
  3. Ktam tu....ketam.....dari hari tu xde dan x jumpa ketam lagi kat pasar besar seremban...bukan musim ke apa...

    ReplyDelete

  4. menangkan uang sebanyak-banyaknya hanya di AJOQQ :D
    AJOQQ menyediakan 9 permainan seru :)
    WA;+855969190856

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!