Assalamualaikum...
IMAN kata, dia masih belum ada mood nak cuci pinggan dan kemas dapur. Belum boleh move on dari hari Khamis sampai Sabtu, tinggal duduk dan makan, sajo. Jadi, dia ajak makan di Senoko, memang dah berbuih mulut beberapa kali ajak makan di Senoko, rindu angat-angat! Lagipun, sepanjang minggu ini, Pak Inche akan memenuhi beberapa jemputan berbuka dari badan korporat, jadi jomlah kita ke Senoko.
Sk whatsapp Senoko untuk membuat tempahan meja. Mereka whatsapp gambar menu dan minta Sk buat order awal tapi Pak Inche tak nak. Dia kata, pesan jus tembikai jer dulu satu jug. Hurmm.. nanti kalau lambat dapat makanan jangan marah pulak. Tak apa, janji ada air katanya. Nanti order awal, makanan sejuk dan takut lalat terbang-terbang.. gituhhh!
Masa sampai, full house, sampai tiga kedai dimonopoli oleh Senoko. Nasib baiklah Sk dah tempah meja, adik tu pun terus tunjuk dengan Iman meja kami. Kemudian kakak Senoko datang ambil order. Kali ini kami buat pesanan secara pakej iaitu Set E macam dalam gambar di atas. Biasanya kami order ala carte, tapi kenapa tah, Pak Inche nak cuba set. Pak Inche request Siakap Stim Limau tapi Iman pulak nak Siakap Tiga Rasa. Supaya tak masam muka depan rezeki, maka ambil seekor lagi siakap, huhu.
Puas hatii dapat makan 2 ekor ikan, besar besar pulakkkk tu. Harga punnn not bad, berbaloi kan Sk sebab sedappppp.
ReplyDeleteHamboi,sampai 2 ekoq ampa balun no.....Saya teringin juga nak masak siakao stim limau tapi sebab dah boleh agak saya masak tak sesedap kedai..hihihi
ReplyDeletetengok ni, tetiba rasa mcm malam ni makan tomyam best jugaaa berbuka
ReplyDeleteAlahai kenapa la jauh sangat senoko tu ha....kalau ada kat seremban kan best...lama x makan macam ni...
ReplyDelete