NASI KERABU DI PAGI SABTU

Seri Kandi Tanah Jauhar
10

 Assalamualaikum...

BILA Kak Supi beritahu bahawa Warung Kak Yah akan kembali dibuka pada hari Jumaat (semalam), sungguh rasa nak lompat bintang. Dah lebih 37 hari tak makan Nasi Kerabu Kak Yah, manalah anak tekak ni tak rindu. Memang berangan pagi-pagi semalam nak ke sana tapi mengenangkan masih ada kuah lodeh yang tinggal, rasa sayanglah pulak, jadi semalam dua kali mengulang makan lontong, hari ni baru tapau nasi kerabu.

Terkejut tengok barisan panjang depan Warung Kak Yah. Mujur jugaklah Sk dah telefon Kak Supi minta bungkuskan siap-siap, itupun pesanan Sk belum siap lagi sebab terrrrlalu ramai yang dah pesan dalam whatsapp. Kak Supi kata, tunggu jap. Hurmmm.. segan jugak sebab orang lain beratur tapi kita tunggu kat dalam, tapi dah memang kita dah pesan awal kan, maafkan kami penunggu gua.


Nasi Kerabu Daging Bakar. Agaknya kalut sangat sampai lupa letak keropok. Makan nasi kerabu tak ada keropok, ibarat makan nasi daun pisang tak ada papadom 😂

Ikan selar kuning goreng tu dari bungkusan nasi lemak Pak Inche. Dia tak pandai makan ikan tu dengan nasi lemak 😸


Sambil makan, air mata, air hidung semua meleleh sebab terharu... Kahhh. Sebenarnya kepedasan. Nak pulak sambil hirup teh panas, punyalaaaaaa...

😍😍😍






Post a Comment

10Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Saya kalau makan pedas memang sedia air panas. Wallaaa... memang rasa macam masuk periuk air panas, tapi kejap jew pedas hilang.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Betul, tak brp selera klu tak pedas kecuali klu mknn jenis tak pedas

      Delete
  3. hahhahaahhaah air mata air hidung semua meleleh .. sempat ehk snap gamboooo tangan tengah otw suap ke mulut.hahahahhaa..

    ReplyDelete
  4. Ni nasi keRabu ke nasi keSaturday...Hihihihi
    Lama tak pekena nasi kerabu daging bakar.Gaul budu pulak..aum

    ReplyDelete
  5. Ya allah...sedapnya lama tak makan nasi kerabu..apesal semua orang up pasal nasi kerabu ni...dapat lauk daging bakar panas- panas kan best...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!