MURTABAK CICAH KUAH DHAL ATAU KUAH BAWANG - Alam Sari Di Tanah Jauhar

MURTABAK CICAH KUAH DHAL ATAU KUAH BAWANG

 Assalamualaikum...

SELALU orang tanya.. kenapa boleh kahwin orang Kedah? Ialah, lahir kat Johor, sekolah dekat Johor, sambung belajar pun kat Johor, tiber kahwin orang Kedah, hahaha. Sk pun masa kenal dengan Pak Inche, tak sangka pun dia orang Kedah. Bila dia bagitahu, dia orang Kedah, macam tak percaya aje. Ke.. nak kena letak sawah padi atas kepala, baru nampak rupa Kedah, hahaha.

Oh, berbalik pasal pertanyaan kenapa kahwin orang Kedah tu.. selalu, Sk jawab jer gini..

Dah orang Johor tak minang 😜

gituhhh!


Kahwin dengan orang Kedah, belajar makan Murtabak dengan Kuah Bawang. Biasanya kami makan cicah kuah dhal. Pada mulanya janggal jugaklah tapi lama-lama terus suka. Letak bawang tu banyak-banyak suap sekali dengan murtabak. Iman pun suka makan cam tu. Sekarang ni, kalau nak beli murtabak, kena cari yang ada kuah bawang ni. Kalau tak ada terpaksalah buat sendiri, hihi. 

Resepi Kuah Bawang Murtabak

Bawang Besar dihiris nipis
Air Panas
Cuka
Gula dan garam
Sedikit sirap ros

Satukan semua bahan dan biarkan 10 - 15 minit.

Resepi Kuah Dhal dengan murtabak pi google

😍😍😍


7 comments:

  1. Elok dah aturan Allah
    Mak Ince johor Pak Inche Kedah Anak Inche dok Ipoh ..tengah2...hihihi

    ReplyDelete
  2. sedap ye cicah bawang.. dlu ms study kt melaya pelik jugak kalo beli murtabak dibaginya kuah bawang kaler pink ni.. selalunya sy akn kata xmo.. hehehehe

    ReplyDelete
  3. dah org johor tak masuk meminang ! win gila jawapan ni ehehe

    ReplyDelete
  4. saya pun kategori penduduk johor kawen dengan orang kedah..hahahahah

    dari dulu sampai skang susah nak terima murtabak sebab banyak sangat bawang..haahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama Cik Sunnn! Sebab banyak sangat bawang, tak boleh nakkk telan hahaha

      Delete
  5. Saya belum berjodoh memana.. tapi suka kuah bawang niii! Suka yakmat! Kuah dhal pub sy suka.. sama ada makan murtabak or roti canai, kuah kari tu sy kurengggg sikittttt...

    ReplyDelete
  6. Kalau Martabak ni Dania la yang suka...SA kurang skit..ex bf suka la martabak..hahaha

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih