NASI TOMATO 5 SYAWAL - Alam Sari Di Tanah Jauhar

NASI TOMATO 5 SYAWAL

 Assalamualaikum...


RAYA ke lima, masak Nasi Tomato. Nasi Tomato ni kiranya macam makanan tradisi raya bagi keluarga mertua Sk. Walaupun begitu, bukanlah bila kahwin orang Kedah jer baru Sk pandai makan nasi tomato ni tapi ia juga merupakan antara makanan kegemaran Sk yang selalu Sk pesan setiap kali makan di Medan Selera Kebayan, Plaza Kotaraya, JB semasa zaman kuliah. Jadi, bila ianya merupakan hidangan wajib hari raya, kenalah belajar memasaknya pula 😍

Disebabkan Iman dah mula kuliah online semalam, jadi rancangannya makan jam 5 selepas habis kelas. Sk pun masak rilek-rilek aje. Nasi Sk masak akhir sekali supaya masa makan nanti panas-panas lagi. Jadi, Sk masak dulu Daging Masak Kormak agar kuahnya mesra masa hendak makan nanti.


Biasanya kalau masak kormak, Sk akan masukkan telur rebus tapi sebab semalam dah ada Ayam Masak Merah, jadi kita skip la telur rebus tu, hihi.


Ayam Masak Merah yang sedap.. ah.. semua sedaplah semalam, tak boleh move on, hahaha. Siapa lagi nak puji, kan.


Acar Jelatah atau Pencuk wajiblah ada. Bila rasa masam manis pencuk ni, taklah muak makan nasi tomato tu, kan.


Kalau tak ada papadom, nanti ada yang muncung. Dia punya muncung macam makan lauk ayam tak ada ayam goreng kunyit, hahaha. 


Dalam leha-leha tu, pukul 3.30 dah siap masak. Tak lama lepas tu, Iman pun keluar bilik dan beritahu kelas dah habis. Jadi, sebab dah lapar teruk, pukul 4 terus makan.


Air mesti Sirap Bandung, barulaaaaa power!

Resepi Nasi Tomato Sk

2 pot beras Basmathi Pusa Cream (dicuci, toskan)
3 1/2 pot air
1/2 pot susu cair
1/2 bawang merah besar dimayang
3 ulas bawang putih dimayang
1/2" halia dihiris
1 pokok ketumbar
1 akar ketumbar
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
4 bunga cengkih
2 biji pelaga
1 sudu minyak sapi
1/2 st garam (secukup rasa)
3 sudu tomato puri
3 sudu kacang pea
2 sudu kismis

Cara-cara :

Bahagian A
1. Panaskan minyak sapi, tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan biji pelaga, tumis hingga wangi.
3. Masukkan kismis, kacau lagi.. kemudian masukkan tomato puri, kacau sebati.
4. Masukkan susu cair, kacau.

5. Masukkan beras dalam inner pot bersama air.
6. Tuangkan bahagian A ke dalam inner pot.
7. Masukkan kacang pea dan pokok ketumbar, kemudian masak nasi seperti biasa dan bila nasi masak, karihkan nasi dan tutup semula periuk.

6 comments:

  1. papadommmm kalauu xdeeee. x surrr gituuw.hahahhaa.. Ain pon dulu pandaii makan papadomm masa "mengaji" di kedah sana .. ternyataa bila duduk negeri org ..byk makanan yg ain pandaii makan kihkihkih

    ReplyDelete
  2. Sedap nasi tomato. Pekat tu kuah kormak..nyum nyum..Makan tak pandang kiri kanan dah ni :)

    ReplyDelete
  3. Cantik nasi tomato SK.Kormak daging tu pun macam terasa kat tekak jer dia punya sedap tapi tu la kat rumah anak dara 2 orang tu tak makan kurma.Kalau dapat kurma kambing SK oiiii...meleleh ni

    ReplyDelete
  4. Selamat menjamu selera.
    Nampak sedap kejadiannya.

    ReplyDelete
  5. Berseri2 hidangan nasi tomato dengan kehadiran air bandung tu...

    ReplyDelete
  6. banyak game yang menarik di IONQQ
    ayo segera daftarkan diri anda :D
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih