Assalamualaikum...
APABILA Blogger Amie's Little Kitchen menganjurkan Peraduan Tangkap Pageview 20 Juta di blognya dua hari lepas, Sk sangat teruja dan cepat-cepat buka blog Amie di lappy. Sebabnya, bila buka di handphone tidak nampak paparannya. Lepas tu baru perasan pilihan buka blog dalam bentuk pc, cepat-cepat klik situ.
Iman yang masuk ke bilik Sk hendak bertanyakan sesuatu terus pelik kenapa mak dia nampak kelam kabut. Terus Sk cerita, ingat tak Auntie Amie yang bagi kita gelang dan brooch tu buat peraduan captured pv 20 Juta, siapa dapat nanti menang RM50.
"Hah.. nak nak nak.. mana.. mana link blog auntie tu," Hahaha.. sejak kena balik rumah buat kelas online, Iman dah kena potong elaun. RM50 tentunya jumlah yang besar bagi Iman. Bagi Sk pulak, RM50 boleh isi minyak kereta untuk seminggu kerja Ahad hingga Khamis 🤩
Dan bak kata, Mak Cella, kami dua beranak mula memasang pukat la... Dua hari memukat sehinggalah semalam tengahari, Sk mengagak-agak, pukat perlu ditarik menjelang petang.. tapi... kesibukan mengerjakan ketam yang hendak dimasak untuk makan malam membuat Sk terlupa sehinggalah terdengar jeritan Iman..
Wah,kalau dapat video call sesama kita @ buat GM sesama pemburu 20 juta pageview tu pasti gempak.Macam2 peel kan.Meriah betul.Jom sama2 kirimkan doa untuk Cikgu Amie di malam jumaat ni kerana bekiau banyak menceriakan pemmbancanya
ReplyDeleteAaniin ya Allah.
DeleteDua kali kita baca entri ni tak tinggal satu perkataan pun. Terasa berada bersama-sama keriuhan memasang dan menarik pukat! Terima kasih banyak atas sokongan anak beranak sama macam Mama Cella dan Adah. Aamiin ya Rabbal Alamin... terima kasih atas doa nak Iman dan bondanya SK. Mudah-mudahan Allah terus kurniakan kita kaya kesihatan, kaya kegembiraan dan kaya dengankemurahan hati.
ReplyDeleteHaha terbyg camne kecohnya dua banak ni dok gigih nak capture 20 juta tu ye 😁 pape pun tahniah SK.. Eh silap tahniah Iman hahhaha... Pasni capture nombor lain plak 🤣🤣🤣
ReplyDeleteAlhamdulillah. Rezeki dari Allah.
ReplyDeleteAlhamdulillah..berhasil pasang pukat. Rezeki juga untuk Iman. Tahniah kak :)
ReplyDeleteSyukur hasil lumayan pasang pukat ye..SA lagi best..masa tu terlelap...geram betul rasanya...
ReplyDeleteSeronok iman dapat duit raya dari kak amie hehehe
ReplyDelete