DAGING MASAK KORMAK PUJAAN HATI DINDA

Seri Kandi Tanah Jauhar
9

 Assalamualaikum...

KALAU Mak Cella menggandingkan Nasi Tomato dengan Kari Daging, Sk pulak gandingkan ia dengan Daging Masak Kormak. Kali ini, Sk akan kongsikan resepi yang berbeza memasak Daging Kormak ni yang Sk ambil ilhamnya dari Kak Fida @ MyResepi.


Daging Masak Kormak

300 gm daging lembu dipotong anggaran 1"
1 biji bawang besar merah*
3 ulas bawang putih*
1" halia*
2 tangkai cili hijau*
1 pokok ketumbar*
2 biji buah keras*
1 kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
4 sudu besar rempah kurma
2 tangkai cili hijau dibelah dua
2 biji kentang potong dua
1 asam keping
Air secukupnya
1 senduk susu sejat (susu cair)
1 kiub pati lembu
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis 

Cara-cara :

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.

2. Kisar halus bahan bertanda *. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak. Tambahkan air sedikit-sedikit sekiranya agak kering.

3. Bila tumisan dah cantik, masukkan rempah kurma, kacau selalu hingga pecah minyak, jangan sampai hangus, boleh tambah air sedikit-sedikit.

4. Dalam periuk tekanan, masukkan daging lembu dan kentang, kemudian tuangkan bahan tumisan, tambah 1/2 cawan air. Masak dalam periuk tekanan mengikut SOP penggunaan. (Sk set 16HP).
Note : Boleh guna mana-mana kaedah memasak yang disukai.

5. Bila waktu HP tamat, lepaskan wap. Terus memasak menggunakan api sederhana atau fungsi stir fry pada periuk tekanan. 

6. Masukkan asam keping,  kiub pati lembu dan garam secukup rasa, kacau hingga mesra, kemudian masukkan susu sejat. Pastikan kuah jangan terlalu cair, masak kormak mesti pekat.

7. Akhir sekali masukkan cili hijau. Jika ada tomato dan suka tomato boleh masukkan sekali tapi Sk tak ada stok tomato pulak 😍
Tags

Post a Comment

9Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. Tengok pun dah tau sedap kormak tu....terbayang kormak kambing la pulak...

    ReplyDelete
  2. Tunggu beli daging boleh masak ni.

    ReplyDelete
  3. Aromanya kormak sampai ke LD... cepat-cepat lompat tingkap nak jamu mata di sini.

    ReplyDelete
  4. kenapa disebut kormak yer ?. bukan kurma?.ade beza ehkk.. pernah nampak gak ade org share resepi kormak .

    ReplyDelete
  5. Kita dah beli Noxxa tapi kan kita masih blom pandai guna...muahahaha...terus lapar tgok lauk kurma ni

    ReplyDelete
  6. Aduhai.. Tengah² malam pulak ternampak daging kormak, mana nak cari ni..

    ReplyDelete
  7. tergodaaaaa, aku tergodaaaa :P lapar pulak bila tengok ni

    ReplyDelete
  8. agen dengan 100% player vs player hanya di IONQQ :)
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!