SEBULAN PUASA TAMATLAH HARI INI

Seri Kandi Tanah Jauhar
2

 Assalamualaikum...

SEPERTI selalu, jika giliran berhariraya pertama di Johor, hari terakhir puasa, kami akan berbuka puasa di Senai. Angah kata, dia nak masak Lontong. Tapi.. Pak Inche pulak tak makan Lontong, jadi untuk Pak Inches, Sk masakkan Soto Ayam.


Yang ni Soto Iman. Pelik pulak kenapa Iman makan Soto dan semua orang pun makan Soto, rupanya, Angah buat u-turn la.. dia tak masak sayur lodeh pulak.


Cik Embun masak Sambal Goreng dan Serondeng, maka dapatlah Sk makan Lontong Kering. Sambal Kacang tu, Sambal Kacang dalam tin jenama Adabi, sedap jugak.. boleh dipercayai.


Pak Inche tak makan ketupat nasi, dia makan Bihun Soto. Sk masak stail Soto Skudai.


Orang Kedah memang suka makan pulut, kan. Tempah 40 biji ketupat palas seringgit sebiji, tapi lemang pun beli jugak dua batang.


Pasal makan harus meriah. 
Alhamdulillah, dapat berbuka bersama keluarga di penghujung Ramadhan ini.

Syukur selalu.








Post a Comment

2Comments

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini.

Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri. Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com

Terima kasih

  1. pejam celik dah 30 hari berlalu.. pantas sangat masa
    semoga bertemu lagi kita dengan Ramadhan mendatang..

    ReplyDelete
  2. Bersyukur dan berdoa moga sampai lagi ke Ramadan mendatang...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!