TAPAU BIHUN SOTO SKUDAI - Alam Sari Di Tanah Jauhar

TAPAU BIHUN SOTO SKUDAI

 Assalamualaikum...

IKUT jadual bertugas minggu ini, Sk cuma akan masuk ke pejabat, hari khamis nanti. Cuma apabila kerajaan mengumumkan Total Lock Down, tak pastilah sama ada jadual bertugas tu masih terpakai atau tidak sebab belum dapat arahan seterusnya dari ibu pejabat. Tapi, kami semua telah mendapat arahan untuk mengambil keperluan atau dokumen penting jika ada untuk dibawa pulang semasa tempoh BDR dan PKP. 

Pak Inche pulak sejak kelmarin, beberapa kali bertanya, adakah Sk akan masuk pejabat atau BDR pada hari ahad. Sk jawab, BDR tapi ingat ya, BDR tu maknanya kerja. Jangan suruh kita masak-masak pulak, hahaha.. terus dia kata, esok (hari ini), dia akan keluar beli sarapan. Syukurrrr.


Tak lama lepas keluar, dia hantar gambar ni. Rupanya tengah beratur untuk membeli Soto Skudai. Soto Skudai ni memang femes, siap pernah masuk Majalah Tiga. Lama jugaklah tak makan atau tapau makanan di sini. Pukul 10 pagi memang semua dah wassalam.

Tengah makan, baru teringat tak ambil gambar 🤣 lupa sangat-sangat. Ah, bayangkan aje bihun yang disirami sup berempah serta sambal kicap sehingga hitam kuah, hahaha... hurmm...nak sidai kain jap. Sambil Work From Home sambil Work For Home.. gituhhhh!

9 comments:

  1. Dah habis ke sidai kain...Moh ler bersidai depan TV pulak.Mai la join bungkus ketupat palas ni....hihihi

    ReplyDelete
  2. Soto antara makanan kegemaran saya. Apatah lagi jika emak saya yang buat. Bertambah-tambah dibuatnya.

    ReplyDelete
  3. Penat juga BDR... nampak macam relaks jew, tapi kerja membawa ke malam juga. Nak cutilah kejap hihihiii.

    ReplyDelete
  4. Boleh bayangkan hirup kuah tu dengan sambal kicap sekali dalam kuah. Fuh.

    ReplyDelete
  5. SAa kan..kalau makan soto jenis yang suka mee soto, kalau soto yang ada nasi impit, kacanga apa segala tu SA kureng skit tapi bolehla makan...

    ReplyDelete
  6. Lepas ni memang semuanya kena tapau

    ReplyDelete
  7. fav jugak soto tu... kacang pol xde ke kak? hehehe

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih