SUP TULANG LEHER LEMBU - Alam Sari Di Tanah Jauhar

SUP TULANG LEHER LEMBU

 Assalamualaikum...

MAMBANG rajin datang hari ni nampaknya. Langit belum cerah, Sk dah mula mengemas di dapur. Bukan kemas habis-habisan tapi sekurang-kurangnya adalah sikit perubahan, hihi. Lepas tu sarapan sebiji donut yang dibeli semasa ke Tesco semalam. Lepas makan donut tetiba mengantuklah pulak, baring-baring kat sofa sampai tertidur semula 😆

Lupa sebenarnya berjanji dengan Pak Inche nak ke pasar tani. Katanya, nak mencari tulang. Tengok, Pak Inche dah siap ikat beg di pinggang. Pak Inche suruh siap, Sk kata, malas nak bersiap. Boleh tak dia jer pergi, kalau ada orang jual Lontong, beli Dua bungkus. Pak Inche balik bawa tulang aje dua bungkus. Lontong tak ada orang jual 😅

Dua bungkus tulang dibeli, sebungkus tulang bahagian rangka, sebungkus lagi bahagian leher. Ikutlah nak masak yang mana, katanya. Setelah menimbang-nimbang, Sk pilih bungkusan yang berat sedikit dan terasa ketulan dagingnya.


Tulang bahagian leher lembu yang banyak isinya. Setelah dicuci, rebus sekejap dalam kuali untuk membuang air rebusan yang keruh, kemudian barulah dimasukkan dalam pressure cooker bersama hirisan halia, bawang holland yang dipotong baju serta bungkusan sup bunjut tulang. Sementara periuk tekanan buat kerja, Sk kemas bilik pulak.. terlajak rajin 🤣 Siap merebus, Sk cuma masukkan satu kiub pati lembu dan sedikit garam.. siappp!


Panaskan juga Ikan Pari Bakar yang beli kat Gerai 11 Tip Top. Buat sambal kicap jugak, tak Johor la makan sup tak ada sambal kicap kan 😆. Tengok orang lain semua dah jemu makan daging tapi Pak Inche tetaplah onz. Plan nak masak Nasi Tomato pun dah ke lautttt.

😂😂😂




8 comments:

  1. Wah,sedap tulang leher lembu.Kalai dapat otak buat masak kuning pedas-pedas..Aummm

    Saya yang masak nasi tomato hari ni SK..Mai la makan...

    ReplyDelete
  2. Aduhai sup tulang! Slurrrppppp....sluurrppp!

    ReplyDelete
  3. tergelakk ain bacaa time mintakk belii dua bungkus lontongg ehhh sekalii dua bungkus tulang yg dibawak balik 🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  4. Hahaha... Kali ni kami blm makan daging utk raya.. Tp kali ni mcm x lalu plak nak makan lauk raya byk kali.. Raya ke4 dah back to normal mkn nasi lemak 😂

    ReplyDelete
  5. uishhhh.. saya bab bab tulang lombu ni memang suka amat..
    sempat juga beli tulang before raya. dapatla ribs sikit n leher. sodapp da namanya sup tulang hehe layann..

    jemput join GA di blog
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete
  6. Sedapnya sup tulang....SA BAT MASA PETANG RAYA..BUAT SIKIT JE..

    ReplyDelete
  7. Fuhhh sedap ni makan panas panas. Saya pun teringin lontong. nak membeli peniaga masih dalam mood cuti raya lagi. huhu

    ReplyDelete

  8. IONQQ menyediakan permainan poker, domino99, bandarq, bandarpoker,aduq,sakong,perang bacarat dan capsa :D
    ayo ditunggu apa lagi
    WA : +855 1537 3217

    ReplyDelete

Blog ini merupakan blog peribadi. Segala tulisan di dalamnya merupakan pengalaman sendiri atau pandangan peribadi Sk terhadap sesuatu produk, makanan atau perkhidmatan. Sk juga tidak bertanggungjawab sekiranya anda tidak mendapat kualiti produk, makanan atau perkhidmatan sebagaimana apa yang dinyatakan di dalam blog ini. Segala komen yang dituliskan di sini adalah di bawah tanggungjawab pengomen sendiri.
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar email kepada serikanditanahjauhar@gmail.com
Terima kasih